Mampu Kah Anda Sebut Nama Anak Ini Dengan Sekali Nafas?

JAWA TIMUR: Pemberian nama untuk bayi yang baharu lahir merupakan antara momen penting buat ibu bapa, dan setiap pasangan mempunyai alasan tersendiri mengapa sesuatu nama itu dipilih.

Bagi pasangan Arif Akbar dan Suci Nur Aisiyah dari Desa Ngujuran, Kabupaten Tuban, Jawa Timur, nama yang panjang dipilih untuk anak kedua mereka.

Cubaan sebut sekali lafaz, amboi panjangnya nama kau nak!
Bayi ini dinamakan Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta. – Foto oleh Surya.co.id/Tribunenews

Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta, begitulah nama yang menjadi pilihan pasangan terbabit untuk bayi lelaki mereka yang dilahirkan pada 6 Januari lalu.

“Pemberian nama anak saya mempunyai kaitan dengan sejarah nama kota Islam.

“Pada namanya juga terdapat doa, dan saya berharap dia akan membesar sebagai insan soleh yang berguna dan berbakti kepada ibu bapa,” kata Arif.

Apabila ditanya mengenai nama anaknya yang panjang dan kesukaran yang mungkin dihadapi berhubung urusan dokumentasi, Arif berfikiran positif dan yakin semuanya mampu diatasi. – Surya.co.id/Tribunenews

Sumber Artikel : Astro Awani

Princess Aura pemilik nama terpanjang di Malaysia, Ismail, Fatimah paling popular

PUTRAJAYA: Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian merupakan nama terpanjang di Malaysia dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini.

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata berdasarkan rekod JPN nama lelaki paling popular di negara ini ialah Ismail iaitu seramai 72,157 orang diikuti Ahmad (57,914) dan Abdullah (47,989).

“Manakala nama wanita yang popular ialah Fatimah iaitu seramai 74,605 orang, Zainab (41,450) dan Azizah (34,114),” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi JPN 2018.

Jelas beliau, berdasarkan rekod JPN sehingga 30 Jun 2018 jumlah pemegang MyKad di seluruh negara ialah sebanyak 22,664,773 di mana 19,322,409 telah menukar MyKad Struktur Baru, 3,247,589 masih belum menukar MyKad Struktur Baru, 81,250 masih memegang Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) dan 13,525 masih memegang Kad Pengenalan Pertama (KPP).

Mohammad Razin turut menyeru kepada pemegang MyKad yang masih belum menukar kepada MyKad Struktur Baru, pemegang KPT dan pemegang KPP untuk menukar kad pengenalan mereka.

Katanya, MyKad bercip struktur baharu ini dikeluarkan dengan memberi penekanan utama ke atas penambahbaikan dari segi kualiti, ciri-ciri keselamatan dan daya tahan MyKad yang selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa.

Jelas beliau, rekod dokumen pengenalan diri yang diuruskan JPN menjadi rujukan utama dan digunapakai oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam pelbagai bidang termasuklah urusan keselamatan, perbankan, percukaian, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Tambah Mohammad Razin, maklumat dan data pendaftaran yang dikendalikan JPN turut digunapakai oleh agensi kerajaan lain seperti Agency Link – Up Systems (ALIS) yang sangat berkesan untuk mengelak dan membanteras kes-kes penipuan, pemalsuan dokumen pengenalan diri dalam urusan harian. –  BERNAMA

Sumber : Mstar Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*