Seronoklah Dah Terlepas Sekatan Masa Balik Kampung. Tapi Masa Pulang Nanti, Belum Tentu Terlepas

Pelbagai cara digunakan orang ramai dalam menjayakan misi balik kampung. Antaranya guna jalan pintas dan bergerak awal pagi sesudah sahur. Namun tidak semua cara itu berjaya.

Mungkin ramai yang sudah terlepas sekatan dan kini sedang berseronok di kampung.

Bagaimanapun, kerajaan mengingatkan mereka yang terlepas sekatan jalan raya balik ke kampung tidak bermakna akan turut bernasib balik semasa dalam perjalanan pulang semula untuk memulakan kerja.

Itu amaran keras Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri terhadap mereka yang masih melakukan rentas negeri meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian.

” Bagi mereka yang pulang ke kampung terlepas sekatan, seronoklah dah terlepas balik kampung.

” Tetapi saya ingin ingatkan lepas ini sekatan jalan raya (SJR) balik tidak bermakna mereka mungkin terlepas pulang balik ke tempat kerja di Kuala Lumpur.

” Jadi mungkin seronok dah terlepas, mungkin beri berbagai-bagai alasan akhirnya diterima poIis.

” Tapi balik nanti mereka juga akan lalui sekatan dan belum tentu boleh terlepas,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, Ahad petang.

Beliau juga mengingatkan umat Islam yang meraikan Aidilfitri supaya bersederhana dalam semua hal dan berharap tidak ada yang akan ditahan ketika berada di kampung masing-masing kerana didapati ingar SOP dan PKPB.

Menurut Ismail Sabri, kira-kira 1,248 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung pada Sabtu diarahkan berpatah balik oleh poIis.

” Kelmarin 500 kenderaan telah diperiksa diarah berpatah baik. Semalam saja 1,248 kenderaan.

” Maknanya lebih sekali ganda rakyat cuba curi-curi pulang ke kampung dengan pelbagai alasan,” katanya.

” Ada yang bersiap-siap lepas sahur bawa anak isteri tapi bila sampai sekatan jalan raya diarah patah balik.

Namun beliau menasihati orang ramai supaya tidak cuba berbuat demikian kerana hukuman kompaun akan dikenakan poIis.

” Jadi saya haraplah, dah sebut pun semalam tak perlu cuba balik kampung. Bersiap lepas sahur bawa anak, isteri sampai sekatan diarah berpatah balik.

” Alhamdulillah masih diarah berpatah balik. Katakan poIis kenakan kompaun, jadi yang rugi kita. Saya harap tak perlulah cuba balik kampung terutama rentas negeri,” katanya

Dr Noor Hisham bimbang

Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan sehingga hari ini sebanyak 971 kes positf COVlD-19 atau 14.1 peratus daripada jumlah keseluruhan 6,894 kes direkodkan mempunyai sejarah merentas negeri.

” Tambahan pula, sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan di Malaysia adalah berkaitan dengan aktiviti merentas negeri. Malah, 10 daripada kluster-kluster itu adalah masih aktif,” katanya.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, kes positf COVlD-19 yang berkait rapat dengan aktiviti merentas negeri adalah amat membimbangkan, terutama sekiranya ia terus-menerus berlaku walaupun selepas penguatkuasaan PKPB.

Katanya, masyarakat harus waspada ketika tempoh perayaan yang bakal tiba kerana mungkin menjadi pemangkin kepada penularan jngkitan COVlD-19 ke kawasan-kawasan yang kini sudah mencapai status Hijau.

ASIAKINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*