Masih Ada Yang Curi Curi Balik Kampung Nak. Sambut Raya, 60 Kenderaan Kena Patah Balik Sebelum Tol Gombak

KUALA LUMPUR: Polis bersiap-sedia menghadapi kemungkinan pertambahan kenderaan yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran termasuk untuk balik kampung menjelang sambutan Aidilfitri minggu depan.

Sehingga jam 3.30 petang tadi, dianggarkan lebih 60 buah kenderaan diarahkan berpatah balik ke arah Gombak atau Hulu Kelang ketika cuba melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) sebelum plaza tol berkenaan.

Pemandu terbabit diarahkan berpatah-balik di Plaza Tol Gombak, selepas dikesan cuba melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata beliau dimaklumkan mengenai kesesakan teruk di lokasi berkenaan sejak pagi tadi.”Saya percaya punca kesesakan ini adalah disebabkan pihak polis hanya membuka satu lorong laluan bagi pengguna jalan raya biasa dan satu lagi untuk dilalui oleh kenderaan dari perkhidmatan penting.

“Namun setelah menyedari jumlah kenderaan semakin meningkat, pihak polis kemudian membuka laluan lain sehinggalah keadaan semakin reda,” katanya ketika dihubungi.Beliau berkata, trafik semakin tinggi dengan jumlah kenderaan yang banyak sejak tengah hari tadi dan kembali terkawal sekitar jam 3.30 petang selepas laluan tambahan dibuka.

“Pemeriksaan di SJR ini juga turut mengesan lebih 60 kenderaan yang gagal menunjukkan kebenaran untuk melakukan perjalanan rentas negeri.”Pihak polis kemudian mengarahkan mereka berpatah balik ke Lembah Klang,” katanya.

Pihaknya menjangkakan jumlah kenderaan yang mengambil kesempatan melakukan perjalanan rentas negeri tanpa kebenaran akan meningkat setiap hari menjelang Aidilfitri.

Azam turut menasihatkan semua pihak untuk terus mematuhi syarat PKPB dan tidak pulang ke kampung atau menuju ke luar negeri sekiranya tidak mempunyai urusan penting.

“Matlamat utama kita adalah untuk memutuskan rantaian penyebaran COVID-19,” katanya.

Terdahulu kesesakan teruk dikesan berlaku sejauh tiga hingga empat kilometer sehingga ke Taman Melawati dan Sri Gombak, tengah hari tadi.Jumlah kenderaan yang banyak dipercayai hendak menuju ke arah Pantai Timur.

Sumber berkata sebahagian besar dari mereka yang berasal dari Pantai Timur dipercayai sudah mengambil cuti panjang bermula hari ini untuk pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.

Pemandu diarah patah balik tiada surat kebenaran rentas negeri

KUALA LUMPUR: Pemandu kenderaan yang tidak mempunyai kebenaran untuk pergerakan rentas negeri diarah berpatah balik di Sekatan Jalan Raya (SJR) yang diadakan.

Setakat ini, hanya mereka yang mempunyai kelulusan menerusi pendaftaran aplikasi mudah-alih ‘QR Code’ dan kebenaran dari balai polis dibenarkan melakukan perjalanan rentas negeri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata setakat ini terdapat 98 SJR di sempadan negeri di seluruh negara untuk membuat pemeriksaan QR Code dan kelulusan balai polis untuk bergerak dari satu negeri ke negeri lain.

“Orang ramai yang melakukan perjalanan apabila diperiksa polis hendaklah mempamerkan QR Code dan pegawai atau anggota yang bertugas akan mengimbas QR Code berkenaan sama ada sahih atau tidak.

“Pihak polis akan membuat pemeriksaan pada bila-bila masa dan di mana juga lokasi apabila diminta, tetapi untuk proses pemeriksaan rentas negeri ini dibuat hanya di lokasi SJR yang didirikan,” katanya ketika dihubungi BH Online, hari ini.

Huzir berkata, setakat ini pihaknya tidak melakukan sebarang tangkapan terhadap mereka yang tidak mempunyai kebenaran rentas negeri namun hanya diarahkan untuk berpatah-balik.

Untuk rekod, bagi perjalanan rentas negeri dari arah Kuala Lumpur semalam, menuju ke pelbagai destinasi di seluruh negara mencatatkan 26,181 permohonan.

Sementara itu, untuk hari ini sebanyak 70,538 permohonan bagi perjalanan dari Perak, Johor dan Kelantan menuju ke pelbagai destinasi seluruh negara.

bharian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*