Maszlee Beri Minuman Pada Petugas Media Depan Istana Dan Apa Yang Dia Cakap Menarik Perhatian Ramai

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dilihat tiba di Istana Negara di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau yang juga bekas Menteri Pendidikan tiba menaiki Toyota Vellfire pada jam 11.48 pagi.

Beliau dipercayai akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyatakan sokongan kepada pihak berkenaan untuk membentuk kerajaan baharu.

Ditanya mengenai siapa yang bakal memegang jawatan Perdana Menteri dan menteri lain, beliau hanya mengucapkan maju jaya.

“Selamat menjalankan tugas,”

katanya ringkas sambil menyerahkan kotak minuman kepada petugas media yang menunggu di luar Pintu 2 Istana Negara.

Semalam lain pula ceritanya,

TERKEJUT PETUGAS MEDIA YANG BERADA DI LUAR PAGAR ISTANA APABILA DAPAT SESUATU YANG DIBERI OLEH YDP AGONG

Jika berlaku berita seperti ini, wartawan dan petugas media harus berkampung di kawasan berita.

Keadaan ini biasa untuk mereka, ada yang berkampung lebih dari 1 hari tanpa pulang ke rumah kerana tidak mahu terlepas berita berita penting atau sensasi.

Dengan berita tentang pembentukkan kerajaan baru dan dikatakan menunggu kenyataan rasmi dari Istana sudah pasti para wartawan dan petugas berita akan berada disitu.

Petugas media dapat perhatian Agong

KUALA LUMPUR – Sekumpulan petugas media di pintu 2 Istana Negara di sini yang membuat liputan isu peralihan kuasa mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah hari ini.

Dapat bungkusan makanan untuk petugas berita yang berada di luar pagar istana

Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nazim Mohd Alim keluar dari pintu 2 bersama beberapa pegawai dengan membawa dua bungkusan makanan untuk diberikan kepada petugas media.

Petugas media yang berada di pintu tersebut sejak 8 pagi tadi.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*