
KUALA LUMPUR: Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) menggesa usul dibuat di Dewan Rakyat untuk menggesa Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) menarik balik kenyataannya bahawa Nabi Muhammad adalah pelarian.
Beliau berkata, kenyataan itu merupakan suatu kesimpulan yang mengelirukan dewan dan Islam itu sendiri.
โSebut (Nabi) Muhammad sebagai pelarian sedikit bermasalah dari sudut tafsiran dan definisi.
โIni kerana (Nabi) Muhammad bukan pelarian, tetapi berhijrah ke Madinah kerana dijemput oleh penduduk Madinah dan dilantik menjadi pemimpin Madinah,โ katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun timbalan speaker, Mohd Rashid Hasnon berkata, Mohamad tidak berada di dalam Dewan Rakyat dan meminta Fadhli menulis surat bagi mengemukakan usul itu.
Sebelum itu, Mohamad mengingatkan bahawa tokoh penting dalam Islam juga pernah menjadi pelarian, termasuk Nabi Muhammad.
โJangan kita lupa sejarah. Jangan kita anggap kita lupa Islam itu ditegakkan oleh para pelarian, khasnya Nabi Muhammad yang menjadi pelarian atau berhijrah dari Mekah ke Madinah,โ katanya di Dewan Rakyat.
Sampai bila berpolitik sampah macam ni? Jahanam!!!
Posted by Papa Azri on Monday, July 27, 2020
Berikut pula reaksi dari PU Amin
Nabi Muhammad ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู dan Para Sahabat berhijrah (berpindah) ke Madinah sebagai tanda untuk meneruskan agenda islam dibawah telunjuk wahyu Allah Swt.
Orang madinah (yathrib) ketika itu sudah pun mengetahui dan bersedia bagi menerima rombongan Rasul dan Para Sahabat. Malah orang madinah sendiri menjemput Baginda Rasulullah ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู dan Para Sahabat untuk tinggal di sana. Rasulullah Saw berhijrah dan bukan melarikan diri dari tanah asal Baginda.
Nabi berhijrah kerana agama, bukan kerana takhta,harta atau wanita.
Menyamakan hijrah Rasul ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู dan Para Sahabat dengan pelarian adalah satu kesalahan yang besar. Jenayah sirah nabawiyah ini boleh merosakkan dan mencacatkan identiti kerasulan dan perjuangan Baginda Saw.
Rasul kita seorang yang mulia. Nabi ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู bukan pelarian. Nabi bukan seorang pengecut. Semoga Allah memuliakan Rasulullah Saw.
Berpencak dan bersilat lah korang diatas pentas kebebasan manusia apapun tapi jangan sesekali samakan Rasulullah dan Para Sahabat dengan pelarian.
Ya Allah peliharalah Kekasih Mu Rasulullah ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู . Kami amat cintakan Rasulullah Saw.
Saya bukan sembang politik, saya bercakap demi memuliakan Rasulullah ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู dan Para Sahabat.
TRENDING SANGAT
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN:ย Pihakย Kualalumpur Viralย ย tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihakย Kualalumpur Viralย juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Leave a Reply