Mat Sabu Tidak Berpuashati Setelah Persidangan Dewan Rakyat Hanya Dilangsungkan Selama Satu Hari. Ini Respond Beliau Mengenai Persidangan Tersebut

Persidangan Dewan Rakyat yang dujadual berlangsung selama sehari pada 18 Mei ini sekadar memenuhi kehendak perlembagaan sahaja bagi memastikan parlimen tidak akan terbubar, kata Mohamad Sabu.

Presiden Parti Amanah itu berkata dengan adanya prosedur operasi standard (SOP) pada sidang kali ini termasuk menjarakkan kedudukan tempat semua ahli parlimen persidangan penuh sepatutnya tidak menjadi masalah untuk diadakan lebih lama.

“Saya telah diberi taklimat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengenai kedudukan tempat ahli parlimen yang dijarakkan sehingga ke galeri awam selain beberapa SOP yang perlu dipatuhi.

“Kalau sudah boleh dijarakkan dan boleh duduk dalam keadaan sebegitu rupa kenapa tak boleh buat sidang penuh atau sidang yang lebih panjang khasnya untuk membincangkan isu Covid-19, tetapi hanya dihadkan dalam sehari dan dilihat dalam keadaan tergesa-gesa,” katanya dalam temu bual Facebook Live Sembang-Sembang Bersama Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong malam tadi.

Menurut Mohamad yang juga anggota Parlimen Kota Raja, kerajaan juga ada alasan untuk tidak melanjutkan tempoh persidangan kali ini sekiranya Dewan Rakyat dijalankan mengikut semua SOP yang ditetapkan.

“Kita lihat negara lain, ia tidak menjadi masalah kepada mereka untuk adakan. Sekiranya mengikut cara yang betul bahkan pilihan raya pun boleh dilakukan seperti yang berlaku di Korea sekarang.

“Alasan yang diberikan tidak berapa kuat nak diterima untuk adakan sidang selama sehari sedangkan banyak usul bacaan kali pertama akan dilakukan termasuk usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri,” katanya.

Pakatan Harapan (PH), Parti Warisan Sabah (Warisan) termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini menggesa kerajaan agar mengadakan sidang penuh Parlimen sekurang-kurangnya dua minggu.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof pada 4 Mac lalu berkata, persidangan Dewan Rakyat akan bermula 18 Mei ini dan bersidang selama sehari ekoran pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Sementara itu, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Abdul Rashid Hasnon sebelum ini dipetik Berita Harian berkata penetapan persidangan sehari itu adalah bagi memenuhi peraturan yang ditetapkan berhubung perjalanan Parlimen.

Katanya, berdasarkan peraturan, setiap enam bulan Parlimen perlu bersidang dan jika mengambil kira tarikh akhir persidangan pada 5 Disember tahun, maka sebelum Jun ia perlu diadakan.

Sumber : Malaysiakini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*