‘Mat SaIeh’ Ni Berniaga Pasar MaIam JuaI CendoI Siap Loghat `Bota Tarik Perhatian

“ Masa mula-mula berniaga…. tak yakin juga mahu berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu, ramai juga yang melihat pelik dan ada yang terkejut apabila tahu saya orang Eropah kerana menyangka saya daripada Pakistan.

“ Pengalaman lucu pula apabila ada pelanggan yang bertanya dalam Bahasa Inggeris terkejut sebaik saya membalasnya dalam Bahasa Melayu dan menyelitkan loghat Bota,” katanya ketika ditemui di gerainya di pasar malam Titi Gantong.

“ Walaupun tak boleh bercakap sepenuhnya dalam loghat Bota tetapi ‘bunyi’ itu tetap ada dan pelanggan juga suka saya guna loghat itu.

“ Antara loghat Bota yang saya suka dan akan guna setiap hari seperti maghi (mari), ngecek (menipu), untei-untei (perlahan), sapan (habis) dan kulu kyeor (ke hulu ke hilir),” katanya yang tinggal di rumah ibu mentuanya di Kampung Teluk Bakong, Bota Kanan.

“ Saya jatuh cinta dengan kehidupan kampung dan selain berkebun, kami turut bela ayam di rumah. Saya datang ke Malaysia dan perlu menghormati budaya serta belajar bahasa orang di sini, kalau tidak macam mana nak berbual dengan keluarga mentua dan orang tempatan.

“ Sekarang saya juga sudah boleh masak cendol dan selepas dua kali diajar isteri. Tak susah rupanya nak masak cendol, cuma kena kacau selalu kalau tak nanti hangit pula,” katanya yang mengakui keluarganya turut gembira melihat dia boleh menyesuaikan diri.

Barak Nobert atau Adam Abdullah, 36, yang berasal dari Budapest, Hungary menjual langos iaitu makanan popular negara kelahirannya di pasar malam dan pagi di Kampung Gajah, Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar dan Tapah serta Titi Gantong, Bota setiap Selasa, Rabu dan Ahad.

KEPETAHANNYA bercakap menggunakan Bahasa Melayu dan loghat Bota menjadikan pemuda asal Eropah Timur yang berniaga di pasar malam di Bota ini, disenangi penduduk tempatan.

Adam berkata, dia berniaga bersama isteri, Elsuraya Mohamed, 49, sejak empat tahun lalu.

Katanya lagi, selain langos, mereka turut menjual cendol serta pulut panggang yang dihasilkan sendiri.

Dan menurutnya, dia mengambil masa enam bulan untuk menguasai Bahasa Melayu dan kelebihan itu memberikan keistimewaan kepadanya ketika berniaga dan berasa lebih dekat pelanggannya.

Menurut Adam lagi, dia mahu menjadi anak kampung sebenar walaupun tidak dilahirkan di negara ini, malah mengakui suka dan tidak malu berniaga di pasar malam untuk mencari rezeki halal.

 

Katanya, dia menyesuaikan makanan tradisional negaranya itu mengikut cita rasa Melayu dengan menyediakan sos pencicah sekaya power, coklat leleh dan sambal tumis ikan bilis rangup.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber:Hmetro via sinar viral media

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*