‘Mata Tajam Sahaja Boleh Nampak…’ Aktivis Pendidikan Dedahkan Maksud Tersirat Foto Anwar Ibrahim Mengadap Ag0ng

Sejak mengumumkan mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan dan mahu mengadap YDP Agong, nama Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang mencuri perhatian beberapa hari kebelakangan ini.

Kemuncaknya adalah semalam, bertarikh 13 Oktober 2020, nama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) trending di laman sosial.

Anwar membawa cerita yang sangat snsitif kerana jika benar jalan ceritanya, Malaysia bakal mendapat kerajaan baharu dengan beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Bagaimanapun gambar rasmi ketika Anwar mengadap YDP Agong juga mmenjadi perhatian ramai.

Seorang aktivis pendidikan, Puan Ainon Mohd berkongsi mengenai tatacara dan adab yang betul bila bergambar dengan orang yang statusnya lebih mulia, lebih tinggi, dan lebih besar:

Adab-adab halus dalam tatabudaya tinggi balairong seri

”Foto di bawah ini ini menunjukkan mesej-mesej yang mata tajam sahaja boleh nampak dengan jelas.

”Ada 2 orang besar dalam foto itu. Pakaian mereka serupa sahaja. Dengan tengok pakaian kita tidak dapat membezakan siapa yang lebih ‘besar’.

”Dengan membaca cara dan gaya mereka berdiri, kita boleh tahu siapa yang lebih tinggi statusnya dan lebih besar pangkatnya.

”Foto itu foto rasmi. Cara mereka berdua berdiri itu bukan tidak sengaja. Ia adalah sengaja.

”Dengan menganalisis foto itu banyak pelajaran yang kita boleh belajar tentang adab-adab halus dalam tatabudaya tinggi balairong seri.

”Apabila kita ambil foto bersama dengan orang yang status dan pangkatnya lebih tinggi dan besar daripada status kita, cara kita berdiri tidak boleh menunjukkan gaya seolah-olah kita ‘lebih besar’ daripada orang besar itu.

”Beginilah tatabudaya dan adab balairong seri apabila bergambar dengan orang yang statusnya lebih mulia, lebih tinggi, dan lebih besar:

1. Tidak boleh berdiri terlalu tegak.

2. Tidak boleh menaikkan dan meninggikan bahu.

3. Tidak boleh merenggangkan tangan dari badan.

4. Tidak boleh berdiri rapat.

5. Tidak boleh berdiri di sebelah kanan orang besar itu.

6. Tidak boleh angkat dagu.”

Demikian perkongsian Ainon Mohd yang mendapat hampir 1k perkongsian.

ADAB-ADAB HALUS DALAM TATABUDAYA TINGGI BALAIRONG SERIFoto ini menunjukkan mesej-mesej yang mata tajam sahaja boleh…

Posted by Ainon Mohd on Tuesday, October 13, 2020

YDP Agong tak mudah percaya dkwaan Anwar – Pakar Perlembagaan

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak akan sewenang-wenangnya percaya atau menerima sebarang dkwaan tanpa usul periksa kerana isu hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri, bukanlah perkara remeh.

Susulan itu, dkwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah memiliki majoriti sokongan Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat seperti dimaklumkan kepada Seri Paduka semalam, diyakini akan diperhalusi baginda yang mempunyai pre rogatif mengambil apa sahaja tindakan wajar sebelum memutuskan Perdana Menteri tidak lagi mempunyai kepercayaan.

Pengasas Jurisprudens Watan yang juga Profesor Madya, Fakulti Pengurusan Industri, Universiti Malaysia Pahang, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, berkata titah baginda supaya Anwar akur dan menghormati proses perundangan bermakna baginda merujuk kepada Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

”Apabila baginda bertitah perlu mengikut proses perundangan, ini bermakna baginda merujuk Perkara 43(4) bahawa ‘apabila seorang Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri, melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.’

”Apabila Tuanku menasihati sedemikian, maknanya Baginda bertindak sesuai dengan kedudukan sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu pemelihara Perlembagaan Persekutuan dengan berdiri teguh atas pemerintahan yang adil,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Wan Ahmad Fauzi berkata, jelas dalam titah itu, Baginda meletakkan isu keselamatan dan kesihatan rakyat yang dilanda gelombang ketiga COVID-19 sebagai keutamaan berbanding pergelutan politik.

”Dalam keadaan negara dilanda COVID-19, Baginda mempunyai prerogatif untuk meletakkan ketenteraman awam sebagai keutamaan demi melindungi maslahah rakyat selaras sumpah baginda untuk berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri.

”Sebelum Baginda membuat keputusan sama ada Perdana Menteri masih mempunyai kepercayaan ahli majoriti Dewan Rakyat atau tidak, Baginda boleh menyampaikan nasihat kepada Ahli Dewan Rakyat untuk menguruskan pertikaian dalam kalangan mereka dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan negara secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata, titah baginda menunjukkan kebijaksanaan Seri Paduka yang menolak secara baik dkwaan Anwar.

”Maknanya, Tuanku bertindak secara bijaksana dan tidak mahu mana-mana pihak memanipulasi kononnya ada majoriti kukuh untuk menubuhkan kerajaan baharu.

”Jika diteliti secara harfiah, Tuanku tidak mahu rakyat bimbang dan bermakna kerajaan sekarang masih mendapat sokongan,” katanya.

Netizan mula membandingkan aiir muka YDP Agong dalam dua gambar ini

Sumber : Asiakini

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*