Isu Anwar Jumpa Agong: PM Muhyiddin Mula Bersuara, Padu Kata Kata Dia

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata beliau menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuat keputusan berhubung dakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim memiliki majoriti dalam Dewan Rakyat.

“Saya sebenarnya tidak mengikuti perkara itu.

“Saya serahkan kepada kebijaksanan Yang di-Pertuan Agong. Tuanku adalah seorang yang bijaksana, faham dari sudut peranan baginda sebagai yang di-Pertuan Agong. Peruntukan dalam perlembagaan dan sebagainya itu adalah dalam kuasa penuh Yang di-Pertuan Agong.

“Maka kita harus memberikan kepercayaan kepada baginda untuk memutuskan apa yang sepatutnya diputuskan,” katanya dalam sidang media yang diadakan secara maya hari ini.

Menurut Muhyiddin, keutamaannya kini adalah untuk menguruskan ekonomi negara yang terjejas akibat Covid-19.

“Saya masih berada di sini sebagai perdana menteri. Tugas dan amanah saya mesti dilaksanakan.

“Perhatian utama adalah menguruskan masalah Covid dan menguruskan masalah ekonomi negara,” katanya.

PKP semula jika keadaan bvruk, seboleh mungkin elak – PM

Kerajaan setakat ini menumpukan usaha membendung penularan wabak Covid-19 berdasarkan pendekatan sedia ada tetapi tidak menolak melaksanakan semula perintah kawalan pergerakan (PKP) jika keadaan menjadi buruk, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Harapan saya, ialah saya seboleh mungkin kita nak elakkan (PKP).

“Tetapi kalaulah sekiranya keadaan menjadi buruk dan kes meningkat luar biasa, susah kita hendak (tangani). Saya tak hendak mendoakan.

“Maka akan adalah langkah (PKP),” katanya ketika menjawab soalan wartawan sekiranya PKP akan dilaksanakan sekali lagi.

Menjelaskan lanjut mengenai beban ekonomi Muhyiddin berkata kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar kira-kira RM300 bilion bagi menangani dampak wabak Covid-19 ketika PKP pertama.

“Apakah kerajaan mampu untuk membantu (dalam PKP kedua)?

“Kita akan cari jalan seberapa yang boleh untuk membantu rakyat.

“Tetapi saya fikir biarlah kita lalui fasa ini dulu dan kita memerhatikan apa perkembangannya, langkah-langkah sewajarnya jika kita perlu ambil langkah (PKP),” jelas beliau menjawab soalan mengenai keupayaan kewangan kerajaan dalam menghadapi PKP pada sidang media secara maya hari ini.

Muhyiddin juga berkata pelaksanaan PKP sebelum ini memberi dampak yang besar terhadap sektor ekonomi dan sosial.

Sejak seminggu lalu, Covid-19 terus mencatatkan peningkatan tinggi. Semalam, sebanyak 563 kes baru Covid-19 dicatatkan, termasuk dua lagi kematian.

Kes baru tertinggi adalah pada 6 Oktober lalu dengan 691 kes.

Dalam menangani gelombang baru Covid-19, Muhyiddin berkata permohonan peruntukan daripada Kementerian Kesihatan “diluluskan seratus-peratus.”

“Sebelum ini telah luluskan RM2 bilion (untuk KKM)

Sumber : http://trendingsangat.pw/isu-awar-jumpa-ag0ng-ini-kata2-padu-pm-muhyiddin/

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*