Memang Pedas Kata Kata TMJ Bila Baginda ‘Sound’ Tegak Cucu Tun M

Minggu lalu, Tengku Mahkota Johor ( TMJ) Tengku Ismail telah mengeluarkan teguran yang dipercayai ditujukan kepada Tun Mahathir yang masih sibuk menubuhkan parti politik baru sehingga mengundang perpecahan yang lebih buruk dalam masyarakat Melayu.

Baginda mahu tumpuan diberikan ke arah memperbaiki ekonomi supaya dapat membantu dan boleh mengurangkan beban rakyat.

Sebaik TMJ bertitah, ada makhluk jiwa kacau bernama Adam Mukhriz menjawab dengan mempersoalkan kenyataan baginda kerana bercakap mengenai nasib rakyat tetapi pada masa yang sama memperlihatkan kehidupan yang sangat mewah.

Baginda kemudian bertindak menjelaskan apa yang beliau beli atau pakai adalah menggunakan duit baginda sendiri dan bukannya harta orang lain.

Isu itu nampaknya tidak berakhir apabila anak perempuan Mukhriz Mahathir turut ikut serta masuk campur dan bertanya kepada TMJ dalam nada yang amat biadap:

“ Where did u get ur money boss,” Ciapnya di Twitter.

Ya, keturunan Mahathir tak tunjuk hormat pada raja-raja Melayu bukan lah sesuatu yang baharu.

Persoalan Serena Mukhriz itu tidak berlalu sepi apabila TMJ membalas ciapannya itu dengan menjelaskan punca kekayaan beliau.

“Alhamdulillah, berkat berniaga since 1885, we’re blessed by good fortune. Even hadiahkan Brit Govt aeroplanes before yr grandfather was born”

Tidak cukup dengan itu, Baginda kemudian bertanya kembali soalan yang sememangnya bermain di pemikiran semua rakyat Malaysia,

“Now may i knw how yr fam became so rich? Just a ? because I dream of being as rich as yr Fam. I hope they wld be so kind to teach me.”

Rasanya, semua orang hendak tahu bagaimana keturunan Mahathir dan Mahathir sendiri menjadi begitu kaya raya.

Kekayaan istana Johor rakyat semua tahu dan tak kisah. Tetapi, kekayaan keluarga Serena kami semua memang nak tahu.

Harap Serena akan berkongsi rahsia itu supaya lebih ramai ‘jutawan’ Melayu dapat dilahirkan di negara ini kelak.

Sumber: Mynewshub / JemputBaca

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Artikel dan penulisan di dalam ini juga tidak melambangkan pendapat peribadi pihak kami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*