Lelaki Ini Menangis Selepas Kena Kompaun Seribu Kerana Pakai Facemask Tak Betul

Sekarang di mana mana anda pergi mesti hampir semua akan memakai penutup hidung dan mulut. Jarang sangat untuk lihat orang tidak memakai topeng tersebut.

Tetapi adakah pemakaian penutup mulut dan hidung ini atas kerisauan penularan C0Vl19 atau mereka ini takut disaman oleh pihak berkuasa dengan nilai kompaun RM1000?

Inisiatif kerajaan untuk mengenakan kompaun kepada individu yang tidak mengamalkan penjarakkan sosial dan tidak mengenakan penutup muka di tempat awam amat berkesan.

Secara tidak langsung ia akan memutuskan rangkaian C0VlD19 dan kita boleh lakukan aktiviti harian kita seperti biasa.

Tetapi langit tidak selalunya cerah. Terdapat beberapa aduan dimana pihak berkuasa memberi saman secara tidak logik. Seperti yang berlaku sebelum ini, pemandu kereta persendirian disaman kerana tidak memakai penutup muka di dalam kereta dia sendiri dan tiada siapa lagi di dalam kereta.

Perkara ini telah dibetulkan oleh Menteri Ismail Sabri dimana beliau memberitahu sesiapa yang disaman kerana itu boleh meminta untuk membatalkan saman.

Lelaki Ini Menangis di Stesen Komuter Rawang Selepas Disaman

Satu rakaman dari Buletin Utama TV3 menunjukkan pasukan penguatkuasa telah memberi saman kepada seorang remaja lelaki di Stesen Komuter, Rawang.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan rata rata mengatakan saman itu tidak patut diberikan kerana kawasan itu tidak sesak.

Ada juga yang membezakan kenapa individu ini disaman sedangkan ramai lagi di tempat sesak ada yang tidak memakai topeng tidak disaman.

Lelaki tersebut terus menangis apabila menerima surat saman seribu ringgit tersebut. Wartawan bertanyakan kenapa dia tidak memakai? Remaja itu memberitahu dia pakai tetapi kerana tidak selesa dia menurunkan sekejap topeng muka ke dagu dan nasib dia tidak baik ditangkap oleh pihak berkuasa.

Pihak berkuasa akan sentiasa buat pemantauan dan tindakan akan diambil kepada sesiapa yang ingkar arahan SOP yang telah ditetapkan.

Remaja tersebut masih lagi belajar dan sekarang dia terpaksa mencari wang seribu ringgit untuk membayar kompaun.

Jadikan ini sebagai peringatan, ikut SOP yang telah ditetapkan.

Artikel By: AwatttSyeikhh Network

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Artikel dan penulisan di dalam ini juga tidak melambangkan pendapat peribadi pihak kami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*