Wuhan Mngaku Salah Kira Jumlah Mgsa Jngkitan C0VlD-19

Wuhan: Bandar pertama yang dikesan dengan pandemik Covid-19 ini mengakui tersilap langkah dalam mengira jumlah sebenar mangsa yang maaut akibat virus berkenaan menjadikan angkanya meningkat sehingga 50 peratus.

Ekoran daripada kesilapan itu, jumlah sebenar yang diumumkan semalam bertambah lebih 50 peratus, dengan 1,290 kes yang baru dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,632 kes.

wuhan mengaku salah kira jumlah mangsa jangkitan covid-19

Ia selepas timbulnya kesangsian di kalangan pemimpin dunia yang meragui ketelusan China dalam melaporkan situasi sebenar pandemik berkenaan.

Amerika Syarikat memulakan pertikaian ini secara terbuka dan mempersoalkan maklumat sebenar dikongsi kerajaan China berkaitan kejadian itu di peringkat antarabangsa.

Pihak berkuasa di Wuhan pada awalnya cuba menyembunyikan maklumat dengan menghukum doktor yang mendedahkan kejadian itu di laman sosial pada Disember tahun lalu.

Malah, keraguan turut timbul selepas kerajaan China kerap menukar kriteria pengiraan ketika kemuncak pandemik ini di sana.

Malah, sebelum ini pihak berkuasa di Wuhan pernah menghukum doktor yang mendedahkan maklumat berkenaan virus ini pada Disember lalu

wuhan mengaku salah kira jumlah mangsa jangkitan covid-19

Jumlah terbaharu angka kematian yang dilaporkan di Wuhan adalah sebanyak 3,869 berbanding 1,290 dilaporkan sebelum ini.

Perubahan itu juga menjadikan jumlah kematian di seluruh China mencecah 4,632, berdasarkan data rasmi yang dikeluarkan hari ini.

NY Times

AS siasat dakwaan koronavirus berasal dari makmal Wuhan

Presiden AS, Donald Trump hari ini memaklumkan pentadbirannya sedang mengkaji jika koronavirus berasal dari sebuah makmal di Wuhan, China, manakala Setiausaha Negara, Mike Pompeo, mendakwa Beijing ‚Äúperlu berterus-terang‚ÄĚ mengenai apa yang mereka tahu.

Punca virus itu masih misteri. Panglima Tentera AS, Jen Mark Milley, ketua semalam berkata perisikan negara itu mendapati koronavirus mungkin berlaku secara semula jadi dan bukannya dihasilkan di makmal di China. Bagaimanapun belum ada kepastian mengenai hal tersebut.

Malaysiakini

Fox News melaporkan virus itu berasal dari makmal Wuhan dan bukan dicipta sebagai senjata biologi sebaliknya usaha Beijing untuk menunjukkan mereka setanding atau lebih baik daripada AS dalam mengenal pasti atau memerangi virus.

Laporan itu mencadangkan bahawa makmal yang melakukan uji kaji virus tersebut mempunyai piawaian keselamatan yang longgar menyebabkan ada individu dijngkiti berkunjung ke pasar basah di bandar raya berkenaan sebelum ia kemudian merebak

Dalam sidang medianya di Rumah Putih, Trump ditanya mengenai laporan tersebut dan dia mengaku menyedarinya.

“Kami sedang melakukan pemeriksaan menyeluruh berkaitan situasi yang mengerikan ini,” katanya.

Ketika ditanya apakah Trump membangkitkan isu berkenaan dalam perbincangannya dengan Presiden Xi Jinping, dia berkata: “Saya tak mahu membincangkan apa yang saya perkatakan kepadanya mengenai makmal. Saya tak mahu membincangkannya, ia tidak sesuai sekarang.”

Lebih 20,000 maaut

Trump sebelum ini berusaha menunjukkan hubungan Washington dengan Beijing adalah erat semasa wabak tersebut mengancam kerana AS bergantung kepada China untuk mendapatkan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sangat diperlukan kakitangan perubatan mereka.

Sejak Februari, Institut Virologi Wuhan – yang disokong kerajaan – menafikan dakwaan bahawa virus itu mungkin terlepas dari salah satu makmalnya.

Pompeo Рdalam wawancara dengan Fox News Channel selepas sidang media Trump Рmengatakan bahawa pihaknya mendapat maklumat bahawa virus yang sudah menjangkiti lebih 2 juta orang di seluruh dunia itu berpunca hanya beberapa meter dari pasar basah Wuhan.

“Kami sangat memerlukan kerajaan China bersikap terbuka dan membantu menjelaskan bagaimana virus ini merebak.

“Kerajaan China perlu berterus-terang,” katanya.

Konsensus ilmiah yang luas menyatakan bahawa SARS-CoV-2 – nama rasmi virus berkenaan – berasal dari kelawar.

Trump dan pegawainya yang lain menyatakan keraguan mendalam terhadap jumlah kematian yang diisytiharkan secara rasmi oleh China akibat virus itu ialah kira-kira 3,000 orang ketika di AS sendiri korban akibat Covid-19 sudah lebih daripada 20,000 dan terus meningkat.

Menjelaskan keadaan itu, Trump mendakwa AS mencatatkan lebih banyak kes kematian kerana kerajaannya “membuat lebih banyak laporan.”

“Adakah anda benar-benar percaya jumlah di negara luas bernama China itu, mereka mempunyai sejumlah kes dan sejumlah kematian; adakah sesiapa yang benar-benar percaya?” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*