Mengejutkan, Pintu Peti Sejuk Simpanan 1500 Vrus Makmal Di Wuhan Termasuk Koronavrus Kelawar Dipecahkan

Telah berlaku situasi mengejutkan di dalam makmal bersekuriti tinggi di China, negara yang dikatakan bermulanya pandemik Covd-19.

Gambar-gambar dari dalam Institut Virologi rahsia di Wuhan menunjukkan pintu salah satu peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan 1,500 jenis vrus yang berbeza, termasuk coronavirus dari kelawar dan dipindahkan kepada manusia, telah pecah.

Gambar-gambar itu pertama kali dikeluarkan oleh akhbar China Daily milik negara itu pada tahun 2018, tetapi diterbitkan di Twitter bulan lalu, sebelum ia dipadam.

The Mail pada Ahad dua minggu lalu mendedahkan bahawa para menteri kini bimbang bahawa wbak itu mungkin mula menular akibat dari kebocoran.

Minggu lalu, akhbar ini juga mendedahkan bahawa institusi tersebut telah melakukan eksperimen koronavrus pada kelawar yang ditangkap lebih dari 1,000 batu jauhnya di Yunnan, menerusi dana AS$3.7 juta dari pemerintah AS.

Urutan genom Covd-19 telah membawa kepada pengesanan kelawar yang hanya terdapat di gua-gua tersebut.

Presiden AS Donald Trump ketika disoal mengenai teori kebocoran ini pada sidang media minggu lalu menjawab: ‘Kami sedang melakukan pemeriksaan yang mendalam mengenai keadaan mengerikan ini.’

Sementara itu, Setiausaha Negara AS Mike Pompeo telah menuntut agar Beijing bersikap telus mengenai apakah vrus itu bocor dari makmal dengan menyatakan ‘masih banyak yang perlu dipelajari. Kerajaan AS berusaha dengan tekun untuk mendapat kepastian perkara ini.’

Dia menambah bahawa salah satu cara kerjasama terbaik yang boleh dilakukan oleh China adalah dengan ‘membiarkan dunia masuk dan membiarkan para saintis dunia mengetahui dengan tepat bagaimana ia terjadi, lebih tepat bagaimana vrus ini mula menular.

Kecurigaan terhadap China semakin meningkat setelah Washington Post melaporkan bahawa diplomat AS di Beijing telah menulis mengenai mkmal Wuhan itu pada tahun 2018, memberi peringatan kepada Jabatan Negara bahawa ‘kerja mkmal mengenai koronavrus kelawar dan potensi penularan kepada manusia mereka berisiko mencetuskan wbak baharu seperti SAR’.

Sumber perisik AS mengatakan bahawa tidak lama selepas wbak koronavrus bermula, pegawai di makmal itu memusnahkan sampel-sampel vrus, menghapus laporan awal dan menyekat akhbar akademik dan kemudian cuba menyalahkan pasar basah Wuhan, di mana haiwan liar dijual.

Sumber-sumber tersebut percaya bahawa ‘Patient Zero’ adalah seorang pekerja pelatih di makmal itu, yang menyebarkan vrus tersebut ke penduduk setempat setelah menjngkiti teman lelakinya.

Satu sumber menyifatkan ‘kos untuk menutup perkara ini sebagai kos kerajaan yang paling mahal’.

Beijing menegaskan fakta melibatkan institut virologi utama negara itu hanya satu kebetulan, menolak hubung kait dengan makmal itu sebagai ‘teori konspirasi tidak berasas’.

Dalam satu surat kepada The Mail pada Ahad, seorang jurucakap Kedutaan Besar China mengatakan:

‘Tidak pernah ada penyembunyian, dan juga penutupan rahsia tidak dibenarkan berlaku.

Mstar Online

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*