Kenali Siapa Tengku Dato’ Sri Zafrul Menteri Kewangan Malaysia. Memang Bukan Calang Calang Orangnya

Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai penuh Jemaah Menteri baharu yang secara keseluruhan dilihat memberi kenyakinan kepada rakyat untuk diberi tanggungjawab untuk mentadbir negara.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dilantik sebagai Menteri Kewangan, bertekad untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara.

Tengku Zafrul, 47, yang akan dilantik sebagai Senator untuk membarisi Kabinet baharu berkata, beliau tetap menerima tanggungjawab diamanahkan itu dalam kedudukan ekonomi negara dan global yang mencabar.

Beliau berkata, kerjasama antara pemegang taruh yang berkaitan akan memberikan kejayaan kepada negara.

Ā Saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya untuk menyumbang kepada negara. Dengan rasa rendah diri saya menerima tanggungjawab yang peri penting di masa kedudukan ekonomi yang amat mencabar ini. Saya bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk negara dan saya yakin kerjasama antara pemegang taruh yang berkaitan akan menghasilkan kejayaan yang kita idamkan bersama.Ā – Katanya.

#OHMEDIAKABINET: MENTERI KEWANGANMenteri : Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)…

Posted by Oh! Media on Monday, March 9, 2020

Pengalaman Tengku Zafrul selama 23 tahun dalam bidang perbankan dijangka menjadi kelebihan untuk beliau menerajui Kementerian Kewangan.

Selain menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kumpulan CIMB, beliau juga berpengalaman luas mengisi pelbagai jawatan di bank serta syarikat terkemuka negara.

Sebelum menerajui CIMB, jawatan terakhir beliau bersama Maybank Investment Bank Berhad dan Maybank Kim Eng Holdings ialah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Tahun ini, beliau mencecah usia 47 tahun

Beliau juga menjadi pegawai kanan di Citigroup Malaysia, Kenanga Holdings Berhad dan Avenue Securities.

Malah sebagai usahawan berjaya, beliau menubuhkan Tune Money Sdn Bhd, sebuah syarikat perkhidmatan penyedia kewangan online ā€˜no-frillsā€™ pertama di Asia.

Tengku Zafrul juga adalah Ahli Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC), yang bertanggungjawab mewakili Malaysia dalam mempromosikan perdagangan dan kolaborasi di Asia Pasifik.

Selain itu, beliau adalah Ahli Lembaga Majlis Sukan Negara Malaysia dan Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana, selain Komander Kehormat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Tengku Zafrul memiliki Ijazah Sains (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan daripada Universiti Bristol, United Kingdom (UK), dan Ijazah Sarjana Sastera (MA) dalam bidang Kewangan dan Pengurusan daripada University of Exeter, UK.

Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Rendah Sri Petaling dan Sekolah Rendah Bukit Bintang, serta memasuki Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum mengikuti pengajian A Level di Sherborne School, Dorset, UK.

Kelulusan

Merupakan lepasan University of Bristol, United Kingdom dengan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan dan turut memiliki Sarjana Seni (MA) dalam Kewangan dan Pengurusan dari Universiti Exeter, United Kingdom.

Jawatan

Telah berkhidmat di Maybank Investment Bank Berhad dan Mayabank Kim Eng Holdings sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan juga pernah memegang jawatan kanan di Citigroup Malaysia, Kenanga Holdings Berhad dan Avenue Securities.

Pencapaian

Menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (2010).

Menerima Darjah Dato Paduka Negeri Sembilan (2014).

Menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (2015).

Menerima Daro Paduka Mahkota Selangor (2016).

Sejurus dengan pelantikan ini juga, Tengku Zafrul telah menumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB berkuat kuasa serta merta.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Bharian

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*