Ratusan Ribu Rakyat Menonton Perutusan Khas PM, Menunggu Jawapan Samada PKPB Disambung Atau Tidak

Sambung atau tidak? Sebulan rakyat tunggu sejak PKPB dilaksanakan, persoalan sambung atau tidak akhirnya terjawab.

Sepanjang PKPB ini, jelas nyata penurunan jangkitan C0V19 di dalam Malaysia. Di dalam sidang media Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin nampak ‘Abah’ lebih sihat.

Beliau baru sahaja selesai menjalani kuarantin 14 hari akibat ada contact rapat dengan salah seorang positif C0V19.

Di dalam sidang media, Perdana Menteri membuat kenyataan tentang ekonomi negara Malaysia yang sangat getir. Beliau memberitahu kadar pengangguran amat tinggi pada tahun 2020 ini.

Ekonomi Malaysia dijangka akan semakin menguncup kerana penularan C0V19 dan ianya bukan di dalam Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Kerajaan telah membuat inisiatif untuk memberi bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Ini sedikit sebanyak memberi sedikit ‘nafas’ kepada rakyat.

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara diperkenal

KERAJAAN memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) untuk menjana ekonomi negara.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan bertema bersama menjana ekonomi itu membabitkan tiga teras utama iaitu memperkasa rakyat, melonjak perniagaan dan meransang ekonomi.

“Secara keseluruhan terdapat 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah Penjana ini.

“Daripada jumlah itu, RM10 bilion suntikan fiskal langsung daripada kerajaan,” katanya pada Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang disiarkan secara langsung di beberapa saluran televisyen hari ini.

Adakah sambung atau tidak PKPB?

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa Malaysia adalah antara negara terawal yang dapat mengawal penularan wabak C0V19.

Beliau juga memuji seluruh rakyat kerana mematuhi SOP seperti penjarakkan sosial justeru kita telah berjaya mengurangkan penularan C0V19.

Perdana Menteri memberitahu kita sedang dalam fasa 4 iaitu fasa recovery (pemulihan).

Tetapi adakah disambung atau tidak? Hampir sejam semua menunggu kenyataan tersebut dan sehingga ke minit akhir tiada kenyataan diberikan oleh Perdana Menteri samada PKPB akan disambung atau tidak.

Rakyat mula tertanya tanya kerana pada kebiasaan PKP sebelum ini, Perdana Menteri akan buat pengumuman pada hari Jumaat tentang itu. Tetapi hari ini berbeza kerana tiada kenyataan diberikan, jadi sambung atau tidak masih belum diketahui.

Video Penuh Perutusan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin

[LIVE] Perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek.

[LIVE] Perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek.#BHTV#NSTTV#METROTV

Posted by Harian Metro on Friday, June 5, 2020

Mungkin pengumuman akan dilakukan pada waktu yang berbeza.

KREDIT: AWATTT SYEIKHH

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*