Cukup hinq apabila Pegawai Imgresen ‘makan’ RM500-RM6000 seorang untuk Cop paIsu

KUALA LUMPUR – Sindlket menyalahgunakan pengesahan cop keluar dan masuk sempadan utama negqra lumpuh apabila Suruhanjaya Pencegahan Rqsuah Malaysia (SPRM) menqhan 46 orang termasuk 27 pegawai Imigresen dalam operasi besar-besaran semalam.

Operasi khas yang dinamakan Op Selat itu merupakan ‘sting operation’ yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia hasil risikan dan pemantauan selama enam bulan di pintu masuk dan keluar negara khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klia2 dan Bangunan Sultan Ismail Johor Bahru.

Menurut sumber SPRM, kesemua mereka ditahan di sekitar Putrajaya, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak, dengan 13 orang termasuk sembilan pegawai Imigresen direman di Johor manakala 23 lagi diremqn di Putrajaya hari ini.

“Ahli sindlket yang ditahan termasuk 27 pegawai Imigresen, 14 ejen pekerja asing dan lima orang awam yang bertindak sebagai orang tengah berusia antara 21 dan 46 tahun.

“Sindlket ini telah menjalankan aktiviti mereka sejak setahun yang lalu dan berada di bawah radar pemantauan SPRM sejak bermulanya penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lepas,” kata sumber itu.

Menurut sumber, aktiviti rasuah dalam kalangan anggota sindlket itu menjadi lebih rancak sepanjang PKP dikuatkuasakan dan ia menumpukan pekerja asing dan pekerja tanpa izin yang terkandas di negara ini akibat PKP.

“Banyak permintaan daripada majikan untuk melanjutkan tempoh izin berada di negara ini dan permintaan pekerja asing atau migrqn untuk pulang ke negara asal mereka.

“Modus operandi sindlket ini ialah menerusi dua kaedah iaitu flying pasport atau pasport terbang iaitu ejen akan mengumpul pasport pekerja asing atau migran yang menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja yang telah tamat tempoh untuk dicop keluar dan masuk bagi membolehkan visa lawatan disambung,” katanya.

Sumber berkata, hanya pasport yang sampai di pejabat imigresen tanpa kehadiran pemilik pasport sebagai pengesahan keluar atau masuk sepertimana yang disyaratkan.

“Modus operandi yang kedua ialah setting counter khususnya di KLIA dan klia2, iaitu pendatang tanpa izin yang disenaraihitamkan, yang telah tamat tempoh visa perjalanan dikenakan bayaran antara RM500 hingga RM6,000 seorang untuk bebas masuk dan pulang ke negara masing-masing.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Norazlan Mohd Razali berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 Aktq SPRM 2009.

Sumber – WOWBERITA VIA Jirancakap

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*