Mereka Bertanyakan Di Mana ‘Ular’ Itu Sebelum Ditunjukkan Ke Arah Huruf Itu. Bomba Kemudian ‘Menangkap’ Dan Mereka Ketawa

Anggota bomba sentiasa mendapat pujian oleh masyarakat di negara ini  kerana kesanggupan dan pengorbanan mereka dalam menjalankan tugas tidak kira seberat dan seringan mana pun tugasan tersebut.

Mereka dianggap sebagai hero sebenar yang sentiasa berjaga-jaga menyumbang tenaga membantu orang awam

Sebelum ini, kita sering ‘dihidangkan’ dengan kisah perit dan cabaran mengenai anggota bomba dalam pelbagai misi menyelamat. Pun begitu, terdapat juga misi-misi yang melucukan apabila anggota bomba perlu menjalankan operasi ekoran daripada kepanikan masyarakat.

Terbaharu, menerusi Facebook seorang ahli bomba yang dikenali sebagai Pakdo Mat,  menceritakan kisah lucu yang dialaminya selepas menerima panggilan kecemasan dari seorang individu yang mendakwa bahawa rumahnya dimasuki ular. Pun begitu, ular tersebut sebenarnya hanyalah sekeping plastik yang berhuruf  ‘S’.

Terima panggilan kecemasan, ular senduk di dalam rumah, berlari saya pergi ke rumahnya, sampai-sampai mujur tidak kena patuk. Saya cemas, mujur dapat tangkap, tak pernah lagi saya lihat ular senduk bentuk ‘S’ macam ni. Indah ciptaanMu Ya Allah. Takpe lah saya belit di kain langsir senang, memang tanggungjawab saya macam ni. 

Terima panggilan kecemasan, ular senduk di dalam rumah, sampai di lokasi sebenarnya bukan ular senduk, sebaliknya…

Posted by Pakdo Mat on Sunday, February 16, 2020

MEREKA menerima panggilan telefon ancaman ular berbisa sebaliknya apabila tiba didapati ‘ular’ yang disangkakan itu hanyalah plastik berbentuk huruf S.

Itu situasi dialami anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh ketika melakukan tugas menyelamat di sebuah kediaman di Kampung Chica, Kubang Kerian, malam kelmarin.

Ketua BBP Pasir Tumboh, El Taraf Mohamad berkata, pihaknya dimaklumkan keluarga itu yang ketakutan apabila melihat seekor ‘ular’ melingkar pada langsir kediaman mereka.

Katanya, seramai tiga anggota bergegas ke lokasi dan sebaik tiba mereka terlihat kelibat ‘ular’ berkenaan.

“ Anggota bomba perasaan itu bukan ular, sebaliknya plastik berbentuk huruf S yang berwarna hitam.

“ Mereka bertanyakan di mana ular itu sebelum ditunjukkan ke arah huruf itu. Anggota kemudian ‘menangkap’ ular itu dan mereka ketawa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, keluarga berkenaan hanya mampu tergelak dan memohon maaf kepada anggota bomba kerana mereka terlalu panik lalu menelefon bomba bagi mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun, katanya, anggota bomba menerangkan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakan tugas menyelamat sebaik menerima panggilan kecemasan.

“ Sejak bertugas di balai berkenaan, ia adalah kejadian pertama yang melucukan membabitkan panggilan menangkap ular,” katanya.

Sementara itu, dalam Facebook, kisah ‘ular’ dan bomba itu mendapat 5,500 tanda suka, 292 komen dan 8,400 perkongsian sejak dimuat naik pemilik akaun bernama ‘Pakdo Mat’.

Rata-rata warganet terhibur dengan kejadian dan menganggap itu asam garam dalam tugasan anggota bomba yang sedia bertugas dalam apa juga kecemasan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Harian Metro / Pakdo Mat

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*