Mesir dedah penemuan makam kuno yang ‘lain daripada yang lain’

SAQQARA: Mesir pada Sabtu mengumumkan tentang penemuan sebuah makam usang berusia 4,400 tahun yang masih dalam keadaan baik, lengkap dengan ukiran hieroglif dan patung-patung kuno, di selatan Kaherah.

Reuters melaporkan, sumber rasmi memberitahu bahawa lebih banyak penemuan dijangkakan apabila pasukan arkeologi terus menjalankan kerja-kerja ekskavasi untuk beberapa bulan seterusnya.

Makam itu tertimbus di bawah runtuhan rabung di kota kompleks pemakaman atau nekropolis Saqqara. Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti, Mostafa Waziri, berkata makam itu tidak pernah diceroboh dan tidak pernah berlaku sebarang kecurian.

Ketua ekskavasi, Mustafa Abdo, berdiri di salah satu ruangan makam kuno yang dipercayai wujud sejak zaman pemerintahan Firaun Neferirkare Kakai, di selatan Kaherah. – Reuters

Mostafa malah menyifatkan makam usang itu ‘sebuah penemuan penting abad ini dan lain daripada yang lain’.

Makam itu dipercayai wujud ketika zaman pemerintahan Neferirkare Kakai, iaitu Firaun ketiga dari Dinasti Kelima kerajaan kuno.

Ahli arkeologi pada Khamis berjaya membuat pembersihan fasa akhir makam itu lantas menemui lima laluan atau ruang. Salah satu ruang itu tidak berkunci dan tidak menyimpan sebarang objek, manakala empat lagi tertutup.

Mereka menjangka dapat menemui sesuatu apabila kerja mencari gali disambung pada Ahad.

Ukiran hieroglif dan patung-patung Firaun masih dalam keadaan baik di dalam makam itu. - Reuters

Ukiran hieroglif dan patung-patung Firaun masih dalam keadaan baik di dalam makam itu. – Reuters

“Saya tidak dapat membayangkan objek-objek yang dapat ditemui di kawasan ini.

“Ruang ini mungkin menyimpan keranda atau keranda batu pemilik makam,” ujarnya yang optimis tentang salah satu laluan ke ruangan itu.

Tambahnya, makam itu sepanjang 10 meter, selebar 3 meter dan berketinggian sedikit kurang dari 3 meter.
Dindingnya dihiasi ukiran hieroglif dan patung-patung firaun yang masih baik keadaannya.

Makam ini dipercayai wujud ketika zaman pemerintahan Firaun ketiga, Neferirkare Kakai, iaitu dari Dinasti Kelima Kerajaan Mesir Kuno. – Reuters

Makam ini dipercayai wujud ketika zaman pemerintahan Firaun ketiga, Neferirkare Kakai, iaitu dari Dinasti Kelima Kerajaan Mesir Kuno. - Reuters

“Warnanya masih utuh meskipun sudah berusia hampir 4,400 tahun,” katanya yang turut memberitahu, kerja-kerja ekskavasi akan digandakan pada Januari.

Dinasti Kelima memerintah Mesir sejak tahun 2,500 sehingga 2,350 Sebelum Masihi, iaitu tidak lama selepas pembinaan Piramid Besar Giza.

Selama lebih daripada dua milenium, Saqqara berfungsi sebagai nekropolis bagi Memphis, iaitu ibu kota Mesir kuno.

Mesir mendakwa menemui sebuah makam purba yang dipercayai milik seorang pegawai tinggi dinasti ke lima firaun yang memerintah kira-kira 4,400 tahun lalu. Menurut Menteri Antiquitie Khaled Al-Anani, makam tersebut ditemui di Saqqara, Barat Kaherah.

Inside the New discovery in Saqqara , Egypt

DR Moustafa Wazery Inside the new Tomb in Saqqara.#egyptravel4you#Visitluxortourshttps://egyptravel4you.com/package/luxor-day-tour-east-west-bank-karnak-luxor-hatshpsut-temples-kings-valley-colossi-memnon/https://visitluxortours.com/tour/nile-cruise-luxor-aswan-5-days/

Posted by EgypTravel 4 You on Sunday, December 16, 2018

Saqqara ( the necropolis of Memphis)سقاره: مدينة الموتى لممفيس القديمه.Saqqara is a vast, ancient burial ground in Egypt, serving as the necropolis for the Ancient Egyptian capital, Memphis, Saqqara features numerous pyramids, including the world-famous Step pyramid of Djoser, sometimes referred to as the Step Tomb due to its rectangular base, as well as a number of mastabas (Arabic word meaning 'bench'). Located some 30 km (19 mi) south of modern-day Cairo, Saqqara covers an area of around 7 by 1.5 km.At Saqqara, the oldest complete stone building complex known in history was built: Djoser's step pyramid, built during the Third Dynasty. Another 16 Egyptian kings built pyramids at Saqqara, which are now in various states of preservation or dilapidation. High officials added private funeral monuments to this necropolis during the entire pharaonic period. It remained an important complex for non-royal burials and cult ceremonies for more than 3,000 years, well into Ptolemaic and Roman times.North of the area known as Saqqara lies Abusir; south lies Dahshur. The area running from Giza to Dahshur has been used as a necropolis by the inhabitants of Memphis at different times, and it has been designated as a World Heritage Site by UNESCO in 1979,Some scholars believe that the name Saqqara is not derived from the ancient Egyptian funerary god Sokar, but from a supposed local Berber Tribe called Beni Saqqar.

Posted by Ancient And Modern Egyptian Life on Friday, December 8, 2017

Sumber : Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*