(Video) Dengan SeIamber, YDP Ag0ng Tiba Tiba Bonceng Motor Kapchai ‘Mesti Berdebar Brader Yang Bawa Ag0ng Tu

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menaiki motosikal menyantuni rakyat jelata di Kampung Binjai, Lipis dalam ziarah Baginda Tuanku ke daerah itu, hari ini.

Dalam video berdurasi 1 minit 32 saat itu menunjukkan KDYMM Tuanku menyantuni sebuah keluarga dan mengurniakan sumbangan kepada mereka.

Bagaimana perasaan adik ni apabila KDYMM Tuanku Agong berkenan untuk membonceng motor kapcai rakyat Baginda dalam laluan kebun getah ini.

Komen Netizen:

“Konfim nebes giler drebar moto tuanku.. pengalaman xleh dilupakan tuu.. bawa Tuanku naik moto.. terbaik”

“Bersyukur sy jd rakyat Malaysia sbb ada seorang Agong yg rendah diri dan ambil berat pasal rakyat.. Tp syg menteri2 Malaysia kebanyakan gila kuasa..”

“Beruntung sngt brader tu dpt bawak Tuanku..terbaik Tuanku..seorang yang berjiwa rakyat..kalau aku,,memang tknk bawak moto tu..suruh orng lain bawak..bukan ape,,takut terlupa nak pulas throttle mcm mne..”

YDP Agong berkenan luang masa santuni mangsa banjirr di Kuala Lipis

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meluangkan masa menyantuni mangsa banjirr yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Clifford dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa di Kuala Lipis, Pahang hari ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pihak Istana Negara sebentar tadi, Seri Paduka Baginda yang diterbangkan menggunakan helikopter khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu telah mendarat di Kuala Lipis pada pukul 10.00 pagi.

“Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Seramai 95 mangsa banjir daripada 36 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Clifford, manakala seramai 192 daripada 57 keluarga ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa,” jelas kenyataan tersebut hari ini.

Dalam lawatan tersebut, Baginda turut berkenan beramah mesra dan mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjirr bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap mangsa banjirr dan golongan yang memerlukan bantuan.

“Seri Paduka Baginda mengajak seluruh rakyat bersama Baginda mendoakan agar bencana banjirr yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan sehingga mengorbankan nyawa dan harta benda,” ujar kenyataan tersebut

SUMBER/KREDIT:  Info RoadblockJPJ/Polis  dan Kosmo Online via ASN

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*