Motif 2 Remaja Ini Sembur Pemadam Api Dalam Mesin Dobi. Kantoi Rakaman CCTV Tular

Apa dalam fikiran seseorang bila cuba buat khianat atas perniagaan orang lain? Adakah sebab tidak mahu bersaing dan cara ini lebih mudah atau memang hati dah jadi terlalu busuk dan penuh dengan hasad dengki sehingga tidak boleh lihat orang lain senang?

Satu kejadian yang amat mendukacitakan apabila salah sebuah kedai mesin dobi express di Melaka menghadapi kerugian apabila mesin dobi mereka disembur dengan alat pemadam api.

Rakaman CCTV menunjukkan 2 orang remaja lelaki sedang menyembur pemadam api ke dalam mesin dobi. Motif sebenar tidak dapat dipastikan tetapi rakaman CCTV amat jelas perlakuan dan wajah mereka.

Pihak kedai dobi tersebut telah pun membuat laporan polis di balai berdekatan.

Pihak kedai dobi tersebut telah meminta rakan mereka Tangga Batu Laundry untuk tularkan video rakaman CCTV tersebut.

Rakaman tersebut juga telah dimuat naik oleh beberapa laman page Facebook dan juga beberapa orang pengguna Facebook meminta orang ramai untuk mencari 2 remaja tersebut.

Perkara sebegini sememangnya amat memalukan terutama apabila melibatkan remaja. Apa lah nasib 2 remaja ini apabila pihak polis berjaya menangkap mereka. Gelap masa depan mereka.

Status Facebook Tentang Rakaman 2 Remaja Tersebut.

Ini salah satu perbuatan khianat 2 remaja lelaki meletakkan serbuk pemadam api di dalam mesin pengering di Laundry sahabat saya di Melaka Raya. Akibatnya 3 mesin pengering rosak dan dalam proses untuk dibaiki. Tujuan perbuatan tidak diketahui, sahabat saya telah menyerahkan cctv diatas kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

Diharap peniaga dan pelanggan berhati-hati. Sekiranya mempunyai sebarang makluman mengenai 2 remaja diatas sila hubungi kami.

Video Rakaman CCTV Tentang 2 Remaja Tersebut.

Sekiranya anda kenal atau ternampak 2 remaja ini atau mengetahui berkenaan kes ini diminta hubungi pihak polis atau hubungi Tangga Batu Laundry.

Artikel By: KL Viral

Sila Share Jika Anda Suka Pada Artikel Di Atas. Jangan Lupa Selalu Follow Kami KL Viral Untuk Cerita Cerita Terkini Dan Sensasi …

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*