Niat Nak Suka Suka, Dua Beradik Terkejut Terima Beratus Mesej Termasuk Dari Amerika Tanya Pasal Video Itu

” Asalnya saya hanya suka-suka nak rakam kenangan kehebatan dua rakan kampung kami atas inovasi ini, tak sangka pula video itu tular dan sehingga kini saya masih menerima pesanan di Facebook Messenger dari merata tempat termasuk Thailand, Vietnam, Filipina, Laos dan Amerika Syarikat yang berminat dengan video tersebut.

Demikian kata-kata anak muda dari Kampung Banggol, Setiu,Terengganu ini apabila video mereka mengubahsuai motosikal hingga mampu bergerak dalam air tular.

” Hebak anak muda kampong! Bijok sampai orang Jepung buleh geleng pala” (Hebat anak kampung! Bijak hingga orang Jepun mungkin tidak percaya).

Ia antara pujian oleh netizen dalam dialek Terengganu untuk menggambarkan kekaguman terhadap kreativiti dua anak muda tersebut bernama Ikram Shahidi Mat Kail, 24, dan adiknya, Muhammad Zakaria, 22.

Motosikal jenis Modenas Kriss 110 dan Honda C70 itu bukan sahaja masih berfungsi apabila sudah tenggelam sepenuhnya di dalam air, malah mampu bergerak laju meskipun air sudah pun berada pada paras leher penunggang.

Ikram Shahidi berkata, kreativiti itu bermula dengan perasaan ingin mencuba namun tidak menyangka ia membuahkan hasil dan lebih menarik, mereka hanya mengambil masa dua jam untuk melakukan pelbagai proses pengubahsuaian.

Bagi menyempurnakan misi meredah air, dia mengubah suai botol plastik bagi menggantikan tangki minyak, karburetor dan saluran udara ke karburetor, hujung paip ekzos yang kesemuanya diletakkan dengan kedudukan lebih tinggi daripada motosikal biasa bagi membolehkan motosikal itu bergerak dalam paras air yang tinggi.

” Sebenarnya, tahun lepas saya dah cuba buat tapi tak berjaya kerana motor enjin m4ti dalam air. Namun, saya cuba lagi baru-baru ini dan hasil cantuman pelbagai idea kawan-kawan motosikal itu berjaya disiapkan dalam tempoh dua jam.

Kami dua beradik meronda sekitar kampung pada waktu petang kelmarin, namun tak sangka pula rakaman video yang diambil beberapa rakan itu menjadi tular dan ramai nyatakan kekaguman mereka dengan kreativiti kami,”

Muhammad Zakaria yang sering digelar Pok Ya pula berkata, mereka melakukan perkara itu sekadar mengisi masa lapang untuk melepas lelah selepas penat bekerja sebagai mekanik, juga untuk digunakan mengambil hasil tangkapan ikan di kawasan banjir dan menangkap burung.

Kedua-dua mereka sebenarnya tidak pernah mendapat pendidikan formal tetapi ia hanya hasil minat terhadap komponen motosikal sejak kecil dan pernah bekerja dengan mekanik lain selama beberapa tahun sebelum membuka bengkel kecil di kampung.

” Jika ada rezeki, teringin juga nak belajar secara formal sebab kami bercadang nak buat motosikal amfibia pula pada musim banjir akan datang. Boleh juga tolong bawa orang kampung ke kawasan selamat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Belia Sepadu Banggol, Khairul Afendi Ibrahim berkata, kreativiti dua beradik tersebut sangat membanggakan penduduk kampung kerana secara tidak langsung nama Kampung Banggol mula dikenali menerusi video berkenaan.

Dia mula memuat naik empat video klip pada pukul 6.35 petang Selasa dan tidak menyangka status itu tular di Facebook apabila menerima lebih 1,000 komen dan 23,000 perkongsian (setakat 8.30 pagi ini).

” Malah, saya terima beratus-ratus permintaan dari orang ramai yang ingin menjadi kenalan di Facebook sehinggakan tidak menang tangan melayan pelbagai pertanyaan mereka yang teruja,” katanya.

‘Hebak anak muda kampong! Bijok sampai orang Jepung buleh geleng pala’ .Hebat & Kreatif anak kampong! Bijak hingga orang Jepung mungkin tidak percaya.

Posted by Azman Bin Atan on Wednesday, December 4, 2019

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : sinarharian

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*