MPS JeIaskan Kenapa Pakcik PenjuaI Jagung Ini Tidak Layak Untuk Mohon Permit Berniaga

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membuat laporan polis berhubung tindakan provokasi seorang penjaja terhadap anggota penguat kuasa di Pasar Selayang Jaya, di sini, Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad, berkata penguat kuasa membuat pemeriksaan di pasar itu susulan aduan ada beberapa penjaja berniaga tanpa lesen.

“ Ketika pemeriksaan dilakukan, kami dapati beberapa penjaja tanpa lesen berniaga di sekitar pasar itu.

“ MPS kemudian mengeluarkan tiga kompaun dan arahan sita terhadap tiga peniaga terbabit.

“ Bagaimanapun, anggota penguat kuasa MPS berdepan provokasi oleh seorang daripada peniaga berkenaan yang menjual jagung ketika tindakan sita dijalankan.

“ Peniaga itu yang juga pemegang kad pemastautin tetap (PR) gagal memberikan kerjasama dan melakukan provokasi serta menimbulkan kekecohan ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rekod MPS mendapati peniaga jagung itu pernah diberi amaran selain dikenakan kompaun dan sita.

SEBAB KENAPA DIA TIDAK LAYAK MOHON PERMIT

“ Namun, peniaga itu tetap berdegil dan meneruskan aktiviti perniagaan. Sebagai pemegang kad PR, dia tidak layak untuk memohon permit penjaja berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) Bilangan 20/2020.

“ Selain laporan polis, MPS juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap individu yang merakam dan menyebarkan video sehingga menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta menjejaskan nama baik MPS,” katanya.

Sebelum ini, satu video berdurasi 54 saat tular di media sosial memaparkan beberapa anggota penguat kuasa MPS sedang bertekak dengan peniaga jagung itu.

BERITA HARIAN VIA ONLINE MALAYA

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*