Msteri Gngguan Ketukan Pintu Rumah, Penduduk Terakam ‘Lembaga’ Mncul Tepi Pokok

Sabak Bernam – Gngguan ketukan pintu rumah yang menghqntui empat buah kampung di sini sejak seminggu lalu kini semakin menakutkan apabila ada penduduk mendkwa melihat jelmqqn pontiqnqk bersebelahan sebatang pokok kelapa di Kampung Baharu, pada Ahad lalu.

Penampakan entiti tersebut dikatakan berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam ketika sekumpulan penduduk bersama seorang ahli pqrqnomql dikenali Mie sedang membuat rondaan di kampung berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai kejadian pelik turut dialami penduduk termasuk terhidu bau bvsuk, bau kemenyqn dan bedak…

Ketika Suami Keluar Meronda, Ibu dan 2 Anak Ini Hadapi Detik Cemqs Bila Gngguan Ketuk Msteri Jadi Lebih Teruk Sehingga Brgegar Pintu Dapur

“Gngguan itu ‘menggqnqs’ selama 30 saat dan menggoncqng jeriji pintu dapur sehingga terbuka,” kata Salmiah Abdul Rahman, 45, di rumahnya di Taman Air Manis, di sini, semalam.

Salmiah berkata, ketika kejadian pada jam 11.20 malam kelmarin hanya dia dan dua anak berusia 10 dan lima tahun berada di rumah manakala suaminya, Hairol Rizam Musa, 45, keluar menyertai Rondaan Sukarela Cegah Jenayah (RSCJ) anjuran taman perumahan itu.

“Kami bertiga duduk di ruang tengah sambil menonton televisyen. Ketika itu, semua anak belum tidur lagi.

“Tiba-tiba kami mendengar bunyi seakan-akan goncangan pada jeriji pintu dapur sampaikan anak tanya pada saya bunyi apa itu?

“Saya memberanikan diri pergi ke dapur melihat apa yang berlaku. Apabila intai di tingkap, saya tidak nampak sesiapa di luar.

“Apa yang menyeramkan, jeriji yang ditutup suami sebelum keluar meronda terbuka luas seperti ada seseorang membukanya,” katanya yang menetap di taman perumahan itu sejak lima tahun lalu.

BUNYI SEPERTI DIBALING KAYU

Bagi penduduk, Rohayu Asmawi, 53, pula dia dan anak perempuannya berusia 23 tahun mendakwa terdengar bunyi seperti seseorang membaling kayu ke arah dinding berhampiran cermin bilik hadapan rumahnya pada jam 10.45 malam kelmarin.

Katanya, anak perempuannya yang duduk di bilik berasingan turut mendengar bunyi balingan itu dengan jelas.

“Bunyi balingan itu berlaku dua kali. Ia (bunyi) begitu menggerunkan menyebabkan saya panik dan ketakutan.

“Sebelum ini saya sekeluarga pernah diganggu dengan bunyi ketukan misteri. Tak sangka kali ini saya dan anak perempuan pula menjadi mangsa gangguan bunyi (baling objek seakan-akan kayu) itu,” katanya.

Setiausaha Taman Air Manis, Zulkifli Ijoh berkata, tiga aduan berkenaan gangguan ketukan pintu berlaku di taman perumahan terbabit sejak semalam.

Beliau berkata, selain dua aduan, ada juga satu aduan berhubung bunyi ketukan misteri di sebuah rumah kosong tidak berpenghuni di taman perumahan itu

“Gangguan ketukan pintu yang berlaku di taman perumahan ini berlaku sejak 19 November lalu. Aduan yang diterima ketika itu sebanyak enam (aduan) dan ia menjadi jumlah keseluruhan sebanyak sembilan aduan.

“Untuk itu, kami kerap melakukan rondaan untuk memastikan keamanan dan keselamatan penduduk taman perumahan ini terjamin.

“Surau taman perumahan ini akan mengadakan bacaan Yasin dan solat hajat dalam tempoh terdekat. Sama-sama kita berdoa kepada Allah semoga gangguan ini segera berakhir,” katanya

Sumber : HMETRO ONLINE VIA khalifah media network

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*