‘Muhyiddin Akan Jatuh Sebab Ini’ – Memang Pedas Kata-Kata Tun M Ini

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin akan jatuh sekiranya enam ahli Parlimen UMNO yang sedang menjalani perbicaraan didapati bersalah oleh mahkamah

Menerusi catatan di Facebooknya, Dr Mahathir berkata, keenam-enam ahli Parlimen itu ialah Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan).

Beliau berkata, kedudukan kesemua pemimpin terlibat itu kini diibaratkan telur di hujung tanduk apabila mereka bakal kehilangan jawatan sebagai wakil rakyat sekali gus akan mempengaruhi sokongan terhadap Muhyiddin.

“Sekarang jumlah wakil rakyat yang menyokong Muhyiddin hanya 114, iaitu tiga sahaja lebih daripada separuh (111 wakil rakyat).

“Jika enam orang ini didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat. Dengan itu penyokong Muhyiddin tinggal 108 iaitu kurang daripada separuh. Maka kerajaan Muhyiddin pun akan jatuh,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir bagaimanapun memberi bayangan bahawa enam pemimpin terbabit tidak akan didapati bersalah dengan mendakwa keputusan itu akan ditentukan oleh Muhyiddin.

“Kita sudah lihat bagaimana Riza Aziz dilepas dan (Tan Sri) Musa Aman juga sudah dilepas.

“Sudah tentu enam orang ini juga akan didapati tidak bersalah. Maka selamatlah Muhyiddin. Dunia akan ketawa melihat kerajaan pintu belakang ini putar undang-undang.

“Yang salah tidak salah. Yang benar salah. Yang menang kalah. Yang kalah menang. Syabas. Norma baru sudah dicipta,” katanya dalam catatan yang juga boleh dibaca di blognya, chedet.cc.

SINAR HARIAN

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

9 Comments

  1. Tun x mau komen ke knp tommy thomas gugurkan kes lim guan eng? Tun x mau desak ke knp kes anak mat syabu masih x dibicarakan?. X kan tun nak senyap jer pasai kes pendedahan ex AG Apandi Ali dan kaitan Tun dgn gopal sri ram. Teringin juga nk baca komen tun ttg pendedahan apandi ali.

  2. Walaupun ketiadaan mereka salah atau benar tiada masalah,ketiadaan mereka tiada masalah tapi kalau rakyat mahu PM Muhiddin jadi ketua menteri itu pasti.

  3. Atuk Mudah Lupa
    Atau
    Buat2 Lupa.
    Mati Hidup Semula Dia x kn mngaku salah silap diri sndri, bab org, ada jer yg x btl, mcm la Dia t bagus sgt.
    Zaman Atuk Dh Berlalu. Bgla org lain plk tnjuk kbolehan. Sptutnya Dia malu sbb rekod 22bln jd PM trsgtla buruk, secara x lnsung mghakis kecemerlangan slma 22thn yg pernh dicipta satu ketika dulu…
    Atuk…. Cukup2la Menongkat Langit.

  4. Iklim politik masa kini di Malaysia…pemimpinnya terlalu emosi & egois…Namun keperihatinan pada rakyat jgn dilupakan…Ia satu amanah yang dituntut didunia hingga ke akhirat…Justeru itu jangan memperlekeh kepercayaan rakyat pada pemimpin yang dipilih pada PR14 kerana ia adalah kurnia & amanat. Oleh itu pemimpin2 yang telah menangi hati rakyat jangan lah lupa & taksub dengan apa yang anda kecapi…Ingat! Ia bukan
    Kurniaan Allah SWT yang kekal…malah ia ibaratkan satu pembalasan jua akhirnya…kelak!

  5. Al Al al lah…..
    Apa pasal ni…..
    Dah jadi org bawah..
    Kewajipannya ikut jer la pemimpin….
    Di atas….
    Belajar pulak di pimpin….
    Jangan busuk hati..

  6. Atok,LGE bagaimana digugurkan pertuduhan.Sama keadaannya siapa yg memerintah akan berlaku seperti ini.2 kali 5 je.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*