Muhyiddin Yassin Hantar Surat Untuk Atur Pertemuan, Tapi Tun M Letak Syarat

Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengatur pertemuan dengan Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Wan Saiful Wan Jan berkata, Muhyiddin memaklumkan perkara tersebut dalam satu pertemuan kelmarin.

“ Beliau (Muhyiddin) juga telah menghantar surat kepada Dr Mahathir memohon untuk bertemu.

“ Hanya menunggu tarikh dari Dr Mahathir sahaja. Kita doakan supaya Dr Mahathir sudi bertemu secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Wan Saiful mengajak ahli Bersatu mendesak dan merayu kepada pemimpin atasan parti itu supaya berdamai serta kembali bekerjasama.

Menurutnya, Bersatu terbina atas kekuatan tiga tokoh utama iaitu Dr Mahathir, Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Timbalan Presiden parti.

“ Majoriti ahli Bersatu mahukan pucuk pimpinan parti kembali bersatu. Saya harap kita berhentilah mengeluarkan kenyataan atau menganjurkan majlis yang tidak membawa perdamaian.

“ Tak perlulah pergi ke media tempatan atau antarabangsa untuk meruntuhkan parti. Kita selesaikanlah secara dalaman dengan semangat satu keluarga,” katanya.

Katanya, menganjurkan majlis solat hajat dan munajat mendoakan penyatuan kembali pemimpin adalah lebih baik dalam keadaan sekarang,” katanya.

‘Saya tidak boleh terima…’ – Tun M

TUN Dr Mahathir Mohamad menganggap tiada keperluan untuknya bertemu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan pertikaian politik antara mereka.

Bekas Perdana Menteri itu mengakui ada menerima surat daripada Muhyiddin meminta pertemuan diadakan dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, beliau terpaksa menolak kerana sudah bertemu Perdana Menteri itu termasuk menjelaskan pendiriannya, sebelum ini.

Katanya, beliau juga mempertimbang bertemu Muhyiddin jika pemimpin yang dikaitkan dengan kegiatan penyelewengan dikeluarkan terlebih dahulu daripada gabungan parti politik yang membentuk kerajaan ketika ini.

“ Dia ada utus (surat) nak jumpa saya. Saya dah jumpa dia dahulu dan terang pendirian saya yang tak berubah. Saya janji tak akan kerjasama dengan Umno, Muhyiddin pun dalam klip video janji tak akan bekerjasama dengan Umno.

“ Tetapi sekarang dia terima Umno sebagai parti terbesar dalam kerajaan dia… parti dia enam orang (Ahli Parlimen) sahaja, Umno 51 orang (Ahli Parlimen).

“ (Disebabkan itu) Saya tak tengok apa sebab saya nak jumpa (Muhyiddin) melainkan dia sanggup buang orang itu (Ahli Parlimen Umno) semua, maka saya boleh timbang untuk jumpa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Cawangan Kedawang di Langkawi, hari ini.

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan meminta Dr Mahathir berdamai dengan Muhyiddin selepas timbul desakan dalam kalangan ahli Bersatu supaya mereka kembali mengukuhkan parti.

Mengulas mengenai desakan ahli Bersatu agar beliau berdamai, Dr Mahathir berkata, ia sukar dilakukan kerana masih memegang prinsip enggan bekerjasama bersama pemimpin yang didakwa di mahkamah.

“ Saya tidak boleh berdamai dengan orang yang dituduh di mahkamah kerana mencuri berbilion ringgit.

“ Saya kata ahli Umno (boleh) masuk Bersatu0, saya sedia terima dengan syarat mereka tinggalkan Umno dan masuk secara diri sendiri.

“ Tetapi Muhyiddin kata dia sanggup bekerjasama dengan orang yang dituduh mencuri. Itu saya tak boleh terima,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: dunia dan akhirat

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*