Bendera Malaysia Bintang 5, Profesor Dr Teo Mula Bersuara

SHAH ALAM – Tindakan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) memaparkan bendera Malaysia dengan bintang berbucu lima dalam satu majlis perasmian kejohanan sukan itu kelmarin dianggap sengaja mahu mempersendakan simbol kedaulatan negara.

Felo utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Teo Kok Seong berkata, tindakan biadab itu satu pengkhianatan terbuka kepada negara tercinta.

“Ini satu kesilapan besar dan sangat ketara, ia sungguh mendukacitakan. Bagaimana simbol kedaulatan negara ini diperlakukan sedemikian rupa.

“Tindakan biadab ini seolah mempersendakan negara. Jalur Gemilang adalah satu lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Oleh itu kita jangan ambil mudah terhadap perkara ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Kelmarin, tular satu klip video yang memaparkan Jalur Gemilang dengan bintang berbucu lima bersama logo Westport ditayangkan ketika nyanyian lagu Negaraku pada majlis perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28.

Menurut Kok Seong, perkara tersebut boleh berlaku kerana kurang semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga sanggup memperl3kehkan simbol negara.

“Sudah banyak kali perkara seperti ini berlaku namun mereka menganggap ia sesuatu yang remeh.

“Ini berlaku kerana kurangnya semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia terutama generasi muda,” katanya.

Justeru katanya, tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap pihak terbabit bagi memberi iktibar kepada semua pihak.

“Imej negara [email protected] dengan perbuatan bi1adab ini. Sebelum ini, mereka hanya mohon maaf jika buat silap namun sudah tiba masanya kita perlu hentikan budaya minta maaf ini.

“Sebaliknya tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap pihak terbabit bukan sahaja untuk memberi pengajaran kepada mereka bahkan kepada masyarakat umum agar lebih berhati-hati dalam sebarang tindak tanduk,” katanya.

Waahhhh…. bendera #malaysiaBaru!!!!! Negeri pasir berdengung!!!! Patutla dia dah tak guna pakai bahasa Malaysia… aritu letak bendera terbalik… sekarang tukar bintang 5⭐️…. haaa tepuk 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻 #rakyattelahmemilih #malaysiabaru

Posted by Noor Wan Fadzil on Monday, November 25, 2019

Polis buka kertas si1asatan

KUALA LUMPUR: Polis telah membuka kertas si1asatan berhubung punca insiden paparan bendera Malaysia dengan bintang pecah lima dalam satu acara pembukaan perlawanan bola keranjang anjuran Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), malam tadi.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, kertas siasatan dibuka selepas pihak MABA tampil membuat [email protected] polis kira kira jam 10.07 pagi tadi.

“Untuk makluman, pihak MABA telah membuat laporan polis berkenaan kes ini. Polis Kuala Lumpur telah membuka si1asatan.” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Presiden MABA turut hadir bagi menjelaskan ins1iden berkenaan dan memaklumkan kesilapan yang dipercayai berlaku di pihak kontraktor Teknologi Maklumat (IT).

“Polis akan menyiasat sama ada insi1den berkenaan mempunyai motif lain, dan penganjur juga sudah mengeluarkan permohonan maaf,” ujarnya.

Sehubungan dengan insiden berkenaan ini, polis menasihatkan pihak penganjur setiap acara agar sentiasa memeriksa terlibat dahulu bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

MABA dalam satu kenyataan sebelum ini memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kelalaian berkenaan.


MABA dalam satu kenyataan sebelum ini memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kelalaian berkenaan. – Sumber foto FB

Klip video berdurasi 1 minit 42 saat itu mendapat reaksi netizen sejurus selepas visual paparan bendera Malaysia itu tular di laman sosial.

Ia antara lain memaparkan bendera Malaysia lima bintang ketika lagu Negaraku dinyanyikan dalam acara pembukaan itu.

Perlawanan berlangsung dari November 25 sehingga 5 Disember depan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Kredit :Layan News

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*