‘Mula Mula Elok Je Fokus, Bila Zizan Masuk Terus Jadi Lawak’

Filem yang mel3tup belakangan ini, iaitu Wira arahan Adrian Teh telah mendapat sambutan hangat dan respon yang cukup positif daripada penonton di Malaysia dan juga Singapura. Ini kerana filem ini menampilkan aksi pertarungan lasak dan sinematografi menarik yang patut diberi pujian. Malah, ini antara filem yang berjaya meraih kutipan panggung tertinggi di Malaysia setakat ini yang berjumlah RM30 juta. Filem ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Josiah Hogan dan Dain Said.

Wira mengisahkan seorang bekas tentera yang bertindak melarikan diri kerana tidak tahan dikawal dan akhirnya membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan keluarga demi membela nasib mereka. Yang menariknya ialah, pengarah Adrian Teh merupakan pengarah sama yang menghasilkan filem gempak, Paskal The Movie sebelum ini.

Baru-baru ini, satu video yang telah dimuat naik oleh salah seorang pelakon filem berkenaan ke laman Instagram miliknya telah menarik perhatian netizen. Menerusi Instagram Hairul Azreen, pelakon itu berkongsi video semasa penggambaran Wira dijalankan.

Dalam video tersebut, suasana menjadi sedikit tegang apabila Hairul mula fokus untuk berlawan dengan Zizan yang memegang watak sebagai ketua samseng dalam filem itu. Namun suasana bertukar menjadi lucu apabila Zizan memulakan adegannya. Hairul turut melayan kerenah ‘masuk air’ Zizan, daripada menjadi lelaki ganas terus bertukar kepada lembut.

hairulazreen: Rindu pulak shooting Wira ni Hahahahah

Dalam caption Instagram miliknya itu, Hairul menyatakan bahawa dia merindui moment shooting filem Wira tersebut. Zizan turut memberi komen terhadap postingnya yang mencecah lebih 400,000 views.

“Shooting dengan Zizan memang masuk air la”-Netizen

“Saya sanggup repeat banyak kali sebab nak tengok part ni je”-Netizen

“Hahahah adoi sengallah korang”-Netizen

Bila Zizan masuk terus hilang sk1ll si Hairul”-Netizen

“Dengan Zizan memang tak pernah serius”-Netizen

“Ni reunion Hantu Kapcai ke haha, lawaklah”-Netizen

“Lentiknya badan si Hairul tu menari“-Netizen

Netizen terhibur dengan gelagat Hairul dan Azreen, serta ada juga yang menyifatkan gandingan mereka berdua ini cukup serasi sejak berlakon dalam filem Hantu Kapcai.

Kalau ada Zizan, memang hilang fokus dibuatnya.. tapi kalau takde lawak, memang hambar lah suasana kerana moment sebegini yang akan dirindui orang ramai….

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: IG Hairul Azreen

Kredit : Informasi Viral

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*