Jarang Sekali Berlaku Tiada Kereta Mewah Keluar Bertugas, Ahli Parlimen BN dan PAS Naik Bas Untuk Menghadap Agong

Seperti yang semua sedia maklum, YDP Agong telah memutuskan bahawa baginda akan melakukan personal interview dengan 222 orang Ahli Parlimen (MP) berkaitan isu pemilihan Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pas tiba di 1stana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Tak ada angin, tak ada ribut, beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS katanya telah membuat kejutan apabila mereka tiba dalam bas di 1stana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi. 

Lebih mendapat perhatian, MP-MP ini dilihat telah menaiki bas yang disediakan dari Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk ke 1stana.

Najib dan Zahid naik bas daripada PWTC ke 1stana Negara

Turut kelihatan kelibat Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi bergambar berdua sambil melambai kepada penyokong sebelum menaiki bas tersebut. Fuh kemain! Macam nak pergi trip lawatan je. 

Barisan ahli parlimen Pas bertolak ke 1stana Negara pada jam 2.40 petang menaiki bas yang disediakan di Menara Dato’ Onn PWTC di Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan bersama mereka dan dipercayai telah menuju ke 1stana Negara dengan menaiki kenderaan peribadi, menurut Sinar Harian.

Sering keluar bertugas menggunakan kereta berjenama mewah, perkara ini sekaligus membuktikan komitmen barisan Ahli Parlimen bagi menghadap baginda demi kesejahteraan negara.

Tiba di 1stana Negara

“Fuh senang ni jimat kos sikit semua naik bas” 

Posting-posting viral ini telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata memuji tindakan MP tersebut yang boleh mengelakkan kesesakan jalan raya. Dah macam rombongan sekolah dah kan ramai-ramai gini.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber :Harian Metro , Sinar Harian , malaysiakini

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*