Najib Razak Dan Rosmah Mansor Melawat Anggota Bomba Adib Dan Ini Respond Mohammad Adib Bila Mereka Datang

Muhammad Adib kini stabil dan mampu berinteraksi

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Muhammad Adib Mohd. Kassim yang kritikal akibat dibelasah sekumpulan perusuh dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 pada 27 November lalu kini dilaporkan stabil dan mampu berinteraksi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, anggota bomba dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) itu bagaimanapun masih menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Saya percaya Muhammad Adib menjadi mangsa keadaan ketika menjalankan tanggungjawabnya sebagai anggota bomba dan insiden yang menimpanya amat menyedihkan.

“Saya juga berharap insiden seperti ini tidak berulang pada masa hadapan dan rakyat perlu menghargai setiap tugas yang dilakukan oleh anggota bomba,” katanya ketika Majlis Perasmian Pengoperasian Helikopter AW189 JBPM di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid

Muhamad Adib tunjuk ‘thumbs up’ kepada kami – Rosmah Mansor

KUALA LUMPUR: “Dia (Muhammad Adib) angkat ibu jari kepada kami,” demikian penjelasan Datin Seri Rosmah Mansor selepas mengadakan lawatan ke atas Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara (IJN) pada Rabu.

Rosmah yang hadir bersama suaminya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberitahu, Muhammad Adib juga tahu kedua-dua mereka datang melawat.

“Dia (Muhammad Adib) tahu kami datang melawat. Saya difahamkan dia akan kahwin 21 Dis nanti jadi saya doakan dia sembuh dan sempat kahwin,” katanya selepas melawat Muhamaad Adib di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi

Rosmah berkata, sebagai ibu dia faham perasaan tunang dan keluarga Muhammad Adib.

Rosmah dan Najib meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat anggota bomba itu.

Muhammad Adib merupakan anggota bomba yang parah ketika insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariaman di Subang Jaya baru-baru ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*