Najib Razak Sindir Menteri Pantau Harga Ikan Guna Kaedah Remote Control

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung harga ikan kembung.

Sindir Najib, Saifuddin tegas menyatakan bahawa harga ikan kembung cuma RM11.90 satu kilogram, bukan setinggi RM22 satu kilogram sepertimana yang beliau perhatikan semalam.

“Dia (Saifuddin) pantau guna ‘remote control’. Tapi jelas tersesat pantau.

“Ada netizen baik hati ‘back-up’ saya. Terima kasih Abang Riz,” kongsinya di Facebooknya hari ini.

Saifuddin sebelum itu ditwitternya berkata, Najib yang turun padang semalam mendapati harga ikan kembung di kompleks Muhibah Kampung Pandan berharga RM22 sekilo.

Bagaimanapun kata Saifuddin, menerusi semakan data dikumpul oleh pegawai pemantau harga (PPH) menerusi aplikasi @mykpdnhep Price Catcher, harga ikan kembung sekilo tidak seperti yang digambarkan.

Twitter Saifuddin kemudiannya diciap seorang individu bernama Abang Riz yang menafikan kenyataan Saifuddin tersebut, sekaligus ‘membela’ Najib.

“Saya telah melakukan pemeriksaan melalui Apps price cather, harga yang tertera memang seperti yang dilaporkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Nampak gayanya YB Najib bukan omomg kosong, ia benar. Cuma Kompleks Muhibbah, Kg Pandan (Titiwangsa) tiada dalam senarai Apps,” ciapnya. Sumber Artikel – Sinar Harian

Netizen Komen Ke Atas Posting Najib Razak Tentang Isu Ikan

Mohd Nuhairi “Menteri PH macam takut2 nak turun padang. Ada kebarangkalian: 1. Takut Kena maki dengan rakyat pasal tak tunai manifesto. 2. Tak tahan dengar keluhan rakyat. 3. Tak berani nak tanya harga sebenar ikan kembung”

Jamil Rozali “Harga telur pagi ni masih mahal. AA RM13.50. Zaman gst dulu jarang cecah rm12. Dan xpernah sampai rm13.”

Jamalal Zainal “Hari ni baru beli ikan kembong d pasar Chow Kit. Harga RM14/kilo. Bodoh aoa nenteri yg ckp RM11.90/kilo tu. X turun pdglah tu. Ckp dlm bilik aircond aku pun boleh”

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*