Tak Sangka Ini Nama Yang Bakal Digunakan Parti Baharu Tun M. Tun M Jelaskan Kenapa Dia Guna Nama Itu

Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan nama parti baharu beliau sebagai “Pejuang”.

Menerusi sebuah hantaran di laman blog beliau, Tun Mahathir menjelaskan bahawa Pejuang ditubuhkan kerana PPBM telah ‘dihijack‘ oleh mereka yang mahu menyelamatkan musuh mereka.

Terdahulu, Tun Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharunya yang akan dipimpini oleh beliau bersama-sama anaknya, Mukhriz Mahahtir.

Parti tersebut dikatakan bertujuan untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak, dan untuk memperjuangkan hak kepentingan rakyat negara.

Parti baharu Dr Mahathir Mohamad akan dikenali sebagai “Pejuang”.

Anggota parlimen Langkawi dan bekas perdana menteri mendedahkan perkara itu dalam catatan di blog, dalam gaya seakan-akan sajak, sebentar tadi.

Jika ingin tebus maruah.

Jika ingin kekal hak kita.

Pilih parti kami.>

Pilih PEJUANG.

Setakat ini belum jelas sama ada ia hanya menggunakan Pejuang sebagai nama penuh atau hanya singkatan bagi perkataan tertentu.

Mahathir pada 7 Ogos lalu mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baharu akan berasaskan perjuangan Melayu dan pribumi, seperti Bersatu yang diasaskannya sebelum ini.

Langkah itu diambil setelah usaha mencabar pemecatannya sebagai pengerusi Bersatu, bersama beberapa lagi anggota parlimen yang menyokongnya, di mahkamah dilihat melalui jalan sukar.

Mahathir berucap dalam Perhimpunan Agung Bersatu di Serdang, Selangor pada Julai 2019.

Dia, yang sekarang menjadi sebahagian daripada blok bebas di parlimen, berkata parti itu tidak akan terikat dengan PH mahupun PN.

Parti itu buat sementara waktu akan diterajui oleh Mahathir sebagai pengerusi dan bekas timbalan presiden Bersatu Mukhriz, yang juga anaknya, sebagai presiden.

Sementara itu, dalam tulisan bertajuk “Parti baharu – Pejuang”, Mahathir berkata parti itu ditubuhkan atas kesedaran bahawa rasuah akan menghancurkan bangsa dan orang Melayu.

Dia berkata parti yang ditubuhkan sebelum ini, iaitu Bersatu, “telah dirampas untuk selamatkan musuh kita”.

“ (Bersatu) ditubuh untuk hapuskan kleptokrat. Sekarang beralih untuk selamat kleptokrat, katanya.

Sumber: Malaysiakini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*