Aktiviti Berkunjung Aidiladha Masih Dibenarkan, Namun Keadaan Boleh Berubah Sekiranya Ini Berlaku

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa kerajaan setakat hari ini tidak menetapkan untuk menyekat pengunjung ke rumah ketika perayaan Aidiladha.

Menurutnya, setakat ini kerajaan tidak menetapkan untuk menyekat jumlah pengunjung yang ingin berkunjung ke rumah pada hari-hari biasa. Justeru, tetapan jumlah pengunjung yang ingin berkunjung ke rumah pada Hari Raya Aidiladha juga turut terpakai seperti hari-hari biasa.

“ Ianya berubah mengikut keadaan situasi semasa. Setakat hari ini belum lagi. Sebelum ini kita tidak menyekat pengunjung datang ke rumah pada hari-hari biasa. Malam nanti mungkin ramai datang ke rumah kita nak berkunjung. Tapi tiba-tiba raya haji kita tetapkan lain pula.

“ Jadi, kita konsisten. Kalau hari biasa boleh berkunjung ke rumah, Raya Haji pun kita tidak menetapkan untuk menyekat,” ujarnya.

Walaupun begitu, beliau menegaskan bahawa sekiranya terdapat peningkatan kes, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengubah SOP dan polisi yang telah ditetapkan.

“ Situasi mungkin berubah dalam satu hari dua hari kalau dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan. Kalau ada peningkatan kes secara mendadak kita akan mengubah SOP dan polisi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan mempertimbangkan had jumlah pengunjung semasa Hari Raya Aidiladha berikutan trend peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Sidang media perkembangan terkini PKPP | 23 Julai 2020

[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 23 Julai 2020

Posted by Bernama TV on Wednesday, July 22, 2020

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 31 Julai ini, menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Kerajaan sebelum ini menetapkan sekatan pergerakan rentas negeri, dan tempoh tersebut turut membabitkan sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang mana balik kampung di negeri-negeri lain adalah tidak dibenarkan.

Selain itu, kerajaan juga membenarkan aktiviti ziarah terhad kepada 20 orang pada hari pertama perayaan sahaja yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat.

Malah, kunjungan pada hari pertama Aidilftri tidak membenarkan pelawat untuk bermalam.

Bernama TV via HIBURAN ALL HMT

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*