NASA Ramal Asteroid Akan Hentam Bumi Pada Februari 2019, Ini Respond Agensi Angkasa Negara (Angkasa)

Terdahulu…

NASA sebelum ini pernah membuat pengumuman mengenai aste roid gergasi yang dijangka menghen tam bumi pada 2019.

Batuan angkasa yang dinamakan 2002 NT7 itu dikatakan bakal memasuki atmosfera bumi pada kelajuan 60,000 kilometer sejam.

Menurut perkiraan, ia berkemungkinan bakal menghen tam bumi pada 1 Februari.

Bagaimanapun, ramalan mengenai asteroid 2002 NT7 itu ditarik serta-merta oleh pihak NASA.

Ujar NASA, mereka akan membuat perkiraan semula dan mengesahkan bahawa ia bukan satu ancaman kepada bumi.

Malah kata NASA, ia bakal melalui bumi tanpa membuat sebarang perlanggaran, dijangka pada 13 Januari ini.

Dalam pada itu, ahli teori konspirasi menyifatkan pihak NASA cuba untuk menutup ancaman berkenaan daripada pengetahuan umum.

Ujar mereka, 2002 NT7 merupakan asteroid yang diklasifikasikan sebagai ‘risiko impak positif’ yang dipercayai bakal menghen tam bumi.

Namun, NASA secara tiba-tiba mengumumkan bahawa ia bukanlah satu ancaman setelah perkara itu menjadi topik perdebatan hangat.

Malah sepanjang 2018 sahaja sebanyak 75 video mengenai asteroid 2002 NT7 dimuat naik ke laman Youtube. – Sumber : mStar Online

Tak benar, tiada asteroid hentam bumi 1 Februari – Angkasa

PETALING JAYA: Asteroid tidak akan menghentam bumi pada 1 Februari ini, menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa).

“Kami ingin menegaskan bahawa ia adalah berita palsu,” kata agensi itu.

Angkasa dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima banyak pertanyaan dan reaksi berhubung laporan berita mengenai asteroid akan menghentam bumi pada tarikh berkenaan.

Menurut agensi itu, asteroid yang dimaksudkan itu diberi gelaran ‘2002NT7′ telah dijumpai Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) pada tahun 2002.

NASA telah membuat pengiraan berdasarkan teori astronomi bahawa asteroid tersebut akan  menghentam bumi pada 1 Februari ini dengan kebarangkalian kurang daripada satu peratus.

“Bagaimanapun, dengan pemantauan dan pengiraan semula, kebarangkalian asteroid tersebut  menghentam bumi adalah amat kecil dan hampir mustahil dan Angkasa juga mengesahkan perkara ini hasil semakan dan penelitian,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu Angkasa mengingatkan orang ramai agar tidak bimbang dan tidak terpengaruh dengan berita yang tular dan lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat. – Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*