Nasi Kandar Pelita Tampil Beri Penjelasan Pekerja Yang Luka Di Jari Kanan

PENGURUSAN rangkaian restoran Nasi Kandar Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd (Pelita) menafikan pekerja yang luka di jari kanan adalah pekerja mereka, seperti tular di media sosial hari ini.

Pengarah Eksekutif Pelita, Datuk KK Sihabutheen berkata, tindakan pihak tertentu menyebarkan gambar pemeriksaan agensi penguat kuasaan di restoran Nasi Kandar Pelita bersama gambar pekerja terbabit itu adalah fitnah terhadap mereka.

“Sekali lagi ditularkan satu fitnah jahat ke atas Nasi Kandar Pelita pada hari ini.

“Kebelakangan ini, restoran mamak dilawati beberapa jabatan kerajaan ekoran daripada isu yang ditimbulkan.

GAMBAR pemeriksaan di restoran Nasi Kandar Pelita Bangsar yang ditularkan di media sosial bersama gambar lelaki yang luka jari tangan kanan (gambar kecil).

“Semalam, Nasi Kandar Pelita cawangan Bangsar dilawati untuk tujuan pemantauan oleh beberapa jabatan kerajaan dan Alhamdulillah, premis kami yang sememangnya diberi Kategori A didapati dalam keadaan baik dan mematuhi semua piawaian ditetapkan.

“Tapi malangnya ada pihak dengan niat jahat menularkan gambar semasa operasi itu dengan menyelitkan dua gambar restoran lain menunjukkan seorang pekerja kedai yang luka di jari kanan sedang menyediakan makanan.

“Untuk makluman, 28 outlet Nasi Kandar Pelita tidak ada menjual tom yam sedangkan gambar itu dengan jelas menunjukkan papan tanda tom yam terpampang di belakang,” katanya.

Beliau berkata, tiada ada seorang pun pekerja Nasi Kandar Pelita yang bertugas tanpa memakai uniform sedangkan dalam gambar diviralkan itu jelas menunjukkan pekerja yang luka di jari itu hanya memakai t-shirt biasa dan tidak beruniform Pelita.

Berikutan itu, katanya, pihaknya akan membuat laporan polis mengenai penyebaran gambar berkenaan, esok.

“Kepada sahabat yang membuat dan menyebarkan fitnah, berhentilah daripada melakukan kerja tidak baik itu.

“Ingatlah, kita akan diminta bertanggungjawab di depan Allah atas fitnah disebarkan,” katanya.

Sumber : harian metro

Lagi Kedai Mamak Menjadi Tumpuan Dan Kali Ini Gambar Menunjukkan Apa Yang Ada Pada Tukang Uli Capati Ini

Sejak dua menjak ini, bermacam macam nama kedai mamak yang timbul di media sosial. Dari segi kebersihan sehingga aspek halal. Yang lebih menyedihkan bila kedai yang bukan mamak (bukan islam) membuka restoren mamak tetapi menggantung ayat suci Al Quran untuk berpura pura menjadi kedai mamak.

Pihak berkuasa telah menyerbu banyak kedai kedai mamak sejak kebelakangan ini dan netizen mula sedar akan kewujudan kedai kedai yang dipanggil mamak dan mula menularkan perkara yang selama ini ramai tidak tahu.

Siapa suka makan capati?

Seorang pengguna facebook bernama Aidil Nezam telah memuatnaik beberapa keping gambar mengenai pekerja kedai mamak. Anda lihat la sendiri.

Ini kenyataan dari saudara Aidil ..

Siapa suka lepak mamak? Ni ha untuk tatapan korang semua… tukang uli capati ni dtg dari India (warga asing)..tengok jari dia ada luka b’kudis.. Kalau dia ada penyakit tibi ke hiv ke atau wabak penyakit yg b’jangkit ke kita mana tahu pakai makan je..kerja dah la tak pakai glove dan penutup kepala.. ini kerja depan kedai belum tengok bahagian dapur masakan dia lagi.. *kejadian petang tadi semasa ops..

Lokasi restoren ini tidak dapat dipastikan.

Mohon pihak berkuasa tingkatkan lagi pemantauan di restoren restoren mamak dalam Malaysia ini. Ini bukan kes pertama kali yang dikaitkan dengan kebersihan.

Ramai suka makan minum kedai mamak sebab tempat untuk meluangkan masa dengan rakan rakan sambil makan roti canai dan minum teh tarik tetapi jika sebegini kebersihan mereka, amatlah mendukacitakan.

Sekiranya anda ada ternampak mana mana restoren mamak yang seperti ini atau tidak bersih. Jangan tangguh untuk laporkan ini kepada pihak berwajib.

Artikel By: KL Viral

Sumber : Aidil Nezam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*