Ibu Terkejut, Taska Bagi Anak Makan Nasi, Kicap Dan 2 Ketul Leher Ayam Kongsi 6 Orang

Sebagai ibu bapa harapan kita hanya untuk melakukan yang terbaik untuk anak-anak. Keranan kesibukan bekerja, sebagai ibu bapa terpaksa hantar anak-anak ke taska atau tempat asuhan untuk dijaga dengan baik sementera mereka bekerja.

Banyak taska yang memberikan servis terbaik di negara kita, malah ada taska yang melayan anak-anak kita bagaikan anak mereka sendiri. Namun, kisah yang dikongsikan seorang wanita bergelar ibu ini lain pula ceritanya.

Perkara ini dikongsikan di laman Facebooknya  mengenai sebuah taska asuhan anaknya yang didakwa berkelakuan tidak bertanggungjawab kerana hanya memberi nasi, kicap beserta leher ayam kepada anak-anak taska tersebut.

‚ÄúAnak selalu mengadu makan nasi, kicap dan telur dadar‚ÄĚ

Kita mengharapkan anak kita dijaga dengan baik tanpa mempersoalkan bayaran bulanan yang perlu dibayar. Tapi sebaliknya inilah makanan yang diberikan kepada anak-anak transit dan tadika.

Sebelum ini anak ada mengadu hanya makan nasi, kicap n telur dadar. Tapi, saya tak endahkan sebab ingat kan kadang-kadang sahaja. Bila kerap anak mengadu, saya pergi sendiri ke taska untuk memastikan.

Memang betul apa anak cakap

Ternyata makanan yang disediakan hanyalah nasi, kicap, dan dua ketul ayam bahagian leher yang dikongsi oleh 6 orang anak.

Mohon penjelasan dari pihak tadika terbabit.

Namun, Puan Sharifah tidak mendedahkan nama taska terbabit.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: SiakapKeli

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*