Penyanyi Era 80an, Datuk Nassier Wahab MeniinggaI Dunia. Innallilah Dan Salam Takziah Pada Keluarga

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 80-an Datuk Nassier Wahab meniinggaI dunia kira-kira jam 12.45 pagi Khamis di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya, lapor Astro Gempak.

Berita tersebut dikongsi rakan karib Allahyarham, Zur Eda yang juga teman seangkatannya dalam industri hiburan tanah air menerusi perkongsian di aplikasi Whatsapp.

“Innalillahi-wainnaillah-hirojiun… Dukacita dimaklumkan Datuk Haji Nassier Wahab baru sahaja menghembuskan nafasnya terakhir pada pukul 12.45 pagi di UMSC.

“Mohon sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh para solihin,” tulisnya ringkas.

Innalillahiwainnailaihirojiun…..Dukacita dimaklumkan client sy,Dato' Hj Nassier Wahab barj sahaja menghembuskan…

Posted by Ustaz Hj Taufik UT on Wednesday, December 4, 2019

Sementara itu, seorang lagi teman seangkatan Nassier dari zaman popularnya, iaitu Azizul Khamis turut berkongsi khabar duka itu menerusi akaun laman sosialnya.

“Allahu Akbar. Al-Fatihah dengan bacaan untuk sahabat saya… Dato’ Nassier Wahab baru saja menghembuskan nafas terakhirnya malam ini tadi.”

“Al-Fatihah.. Semoga rohnya tenang di sana,” kata Azizul menerusi hantaran Facebook.

AllahuakbarAL fatihah dgn bacaan utk sahabat saya,Dato’ Nassier Wahab baru saja menghembuskan nafas terakhirnya mlm ini tadi!AL FatihahSemoga rohnya tenang disana!

Posted by Kanda Azizul Khamis on Wednesday, December 4, 2019

Pada 1 Jun lalu, Nassier, 57, pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya, setelah mengalami kesakitan sejak lima tahun lalu di bahagian gusi.

Selepas pembedahan tersebut, penyanyi lagu Sekali Aku Jatuh Cinta itu berehat buat satu tempoh sementara tahap kesihatannya kembali  pulih.

Terdahulu, pada April 2018, Nassier pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher.

Allahyarham pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kedua pada tahun 2015, dan berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan.

Allahyarham juga pernah menjadi salah seorang selebriti jemputan untuk membacakan berita Komuniti AWANI, program yang menyampaikan kisah-kisah masyarakat di Astro AWANI.

Allahyarham Dato’Nassier Wahab Akan Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Batu Belah, Klang – Seniman Anggap Kehilangan Besar

Pagi tadi kita semua dikejutkan dengan pemergian sebutir permata seni tanah air, Allahyarham Dato’ Nassier Wahab.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak persatuan Seniman melalui Setiausaha Agong, Hafiz Nafiah.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera

Dukacita dimaklumkan bahawa industri hiburan Negara kehilangan seorang lagi penyanyi hebat era 1980-an serta mempunyai bakat besar dalam bidang muzik tanah air iaitu Dato’ Nassir Wahab pada usia 57 tahun.

Allahyarham Dato’ Nassir Wahab menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 12.45 pagi tadi di Hospital Universiti Malaya Specialist Centre Kuala Lumpur, Jenazah beliau akan dibawa kerumahnya di Klang Selangor.

Dato’ Nassir Wahab pernah dicalonkan sebagai Penyanyi Lelaki Popular (ABPBH) pada tahun 1987 dan 2004. Penyanyi yang seangkatan dengan beliau ialah Shidee, Razis Ismail, Dato’ Jamal Abdillah, Ramlah Ram dan ramai lagi.

Beliau juga memiliki sijil Teori Muzik dan Teknologi daripada Joseph Chamberlain Collage Birmingham United Kingdom. Antara lagu  popular yang pernah beliau nyanyikan adalah Memori Cinta Luka, Bayangan Wajah Luka, Sebuah Janji Tak Bereti, Sekali aku Jatuh Cinta dan Undangan Rindu.

Seniman menyifatkan pemergian mengejut Dato’ Nassir Wahab adalah sebagai kehilangan besar pada industri muzik tanah air disebabkan bakat serta kebolehan yang beliau ada amat berharga.

Jenazah 4rwh Dato’ Nassier Wahab akan dimandikan di Masjid Batu Belah Klang sekitar jam 8.30 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Belah Klang kira-kira jam 9.30 pagi ke 10.00 pagi nanti 5 Disember 2019

Seluruh Kepimpinan Tertinggi dan Exco Seniman Malaysia serta Ahli-Ahli Seniman mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga 4rwh.

Sekali lagi, Al-Fatihah dan salam takziah daripada Gempak buat keluarga dan sahabat handai Allahyarham Dato’ Nassier Wahab.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber  : Gempak./Astro Awani

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*