Negatif Cov19 Sehari Sebelum Ramadan, Tapi Keluar Hospital Hari Ini. Perkongsian Ashraff Muslim Buat Ramai Mengalir Air Mata

Ashraf Muslim menerusi laman Instagram miliknya berkongsi khabar gembira apabila dibenarkan keluar wad selepas mendapat rawatan akibat jangkitan Covid-19.

Meski disahkan bebas dari wabak itu, pelakon tersebut menyatakan rasa sebak apabila terpaksa meninggalkan sahabat lain di wad.

Malah dia mendedahkan memilih untuk terus kuarantinkan diri di hospital meski mendapat keputusan negatif sehari sebelum Ramadan kerana ingin merasai pengalaman berjemaah pada bulan mulia ini.

Assalamualaikum. Masanya sudah tiba.. berat hati ini utk meninggalkan sahabat-sahabatku di wad ini. Mereka telah ku anggap sbg keluargaku.. Allahuakbar.. tak boleh nak terjemahkan perasaan ini…

3 hari sblum balik mmg sayu utk tinggalkan wad. Saya mohon maaf kepada pakcik, abang2 dan adik2 warga Wad 31 dan rakan2 Dr dan nurse yg menjaga saya dan rakan2 saya disini dan juga berterima kasih kerana terima saya dan rakan-rakan saya seadanya. Tak lupa juga kepada mereka yg menyumbang makanan dan minuman kepada kami disini. Semoga Allah murahkan rezeki kalian semua.

Banyak cerita, banyak pengalaman, banyak perkongsian dilakukan bersama dimana pesakit2 semuanya dtg dr pelbagai kaum, agama dan latarbelakang tapi hanya satu sahaja yg kami inginkan iaitu ‘ketenangan’. Jangan risau sahabat..Allah kan ada, dia selalu bersama-sama kita. Mengadulah pada dia.. InsyaAllah Allah akan bantu.

Oh ya.. Saya sekali lagi ingin meminta maaf kepada kawan-kawan semua termasuk rakan2 artis dan wartawan yg ada bertanyakan bila saya boleh keluar dr wad. Tapi saya sentiasa mengelak utk menjawabnya. Sebenarnya.. saya sudah lama negatif pada sehari sebelum ramadan dan saya memilih tinggal di wad31 utk kuarantin kan diri di wad. Byk sebab keputusan ini dibuat dan yang paling penting ialah saya dapat mengerjakan solat berjemaah pada bulan ramadan dan ibadah yg dapat buat bersama-sama dgn pesakit. Ini adalah terapi hati saya untuk lebih tenang. Maafkan saya kalian dgn tindakan saya itu.

Akhir kata.. Sama-sama kita doakan semoga pesakit-pesakit Covid19 cepat pulih dan dapat berjumpa dgn ahli keluarga dan penyakit ini hilang dari muka bumi ini.. InsyaAllah. Terima kasih Allah kerana memilihku sbg pesakit covid19. Syukur kepadamu ku merasa nikmatnya.

Video yang dikongsikan Ashraf memang menusuk jiwa. Semoga Ramadhan membawa erti kepada kita semua

Perkongsian Ashraf Muslim Keluar Hospital

Perkongsian Ashraf Muslim Keluar Hospital

Posted by Netizen Bangkit on Thursday, May 7, 2020

IG Ashraff, Olahan RJ

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*