Netizen Mula Lihat Vide0 Terakhir ‘Sugu Pavithra’ Dan Tinggalkan Macam Macam K0men

KISAH penahanan M.Sugu, duo YouTuber terkenal yang didakwa memukul isterinya, S.Pavithra ternyata mengejutkan ramai.

Video Berada Di Bawah Artikel

Berdasarkan tinjauan mStar di laman YouTube, kali terakhir pasangan itu memuatnaik video adalah pada Jumaat lalu.

Barangkali terkejut dengan berita penahanan itu, netizen mula membanjiri video percutian mereka sekeluarga ke ibu negara dengan pelbagai komen.

Malah, rata-ratanya mengakui tidak sangka dengan apa yang dilaporkan dan mengharapkan yang terbaik buat pasangan suami isteri itu.

“Saya terkejut dengan berita ini. Harap kamu berdua dapat selesaikannya.

“Sejujurnya saya dah agak. Saya nampak perubahan selepas kamu terima cek (pendapatan dari YouTube) buat pertama kali.

“Apa jadi dengan suami kamu? Polis tahan dia hari ini?

“Datang ke sini (YouTube) selepas baca berita mengenai suaminya. Saya harap yang terbaik buat keluarga mereka,” ujar beberapa netizen.

Dalam video berdurasi lebih 25 minit itu, M.Sugu bersama S.Pavithra dan anak mereka bercuti di ibu negara selama tiga hari dua malam.

Malah, mereka kelihatan cukup bahagia sewaktu melawat ke beberapa lokasi sebagaimana dipaparkan dalam video yang meraih hampir 200,000 tontonan itu.

Pada Rabu, muncul laporan bahawa polis sedang menyiasat M.Sugu atas dakwaan memukul isterinya.

Menurut sumber, pergaduhan dipercayai berlaku kerana mangsa tidak menyebut nama suaminya sewaktu menerima satu anugerah pada Isnin lalu.

Sewaktu dihubungi, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan penahanan lelaki itu.

Sementara itu, Mahkamah Majistret mengarahkan perintah reman tiga hari ke atas suspek untuk membantu siasatan.

MSTAR ONLINE via AWATTT SYEIKHH NETWORK

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*