Niat Tun M Mencelah Nak Suruh Azeez Cakap Pasal TH di Mhkamah. Sekali Azeez Jwb, Duduk Terus Tun

Persidangan Dewan Rakyat hari ini sedikit tegang berikutan perbalahan antara Tun Mahathir (Langkawi) dengan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling) berkenaan isu Tabung Haji (TH)

Ia bermula apabila Azee ketika itu sedang berucap tentang aset TH, kemudian Tun M cuba mencelah dan meminta Azeez supaya menjelaskan perkara itu di mahkamah.

Bagaimanapun Azeez lantang menjelaskan bahawa hingga kita dia langsung tidak dituduh di mahkamah berhubung isu Tabung Haji.

” Saya dan pengurusan tertinggi TH telah dituduh melelong aset TH, jika benar kenapa aset TH boleh meningkat RM26.5 bilion sepanjang saya menjadi pengerusi”  ucap Azeez.

” Tuan yg dipertua.. (Tun M cuba mencelah)..

Azeez tetap meneruskan ucapan beliau

Ini adalah aset yang Tabung Haji perolehi dalam bentuk fizikal sama ada dalam bentuk ladang, bangunan, hotel, tanah, saham dan lain-lain lagi.

” Tuan yang dipertua..tuan yang dipertua (Tun M cuba mencelah)..

Azeez tetap meneruskan ucapan beliau

” Ini adalah aset-aset yang mempunyai nilai dan boleh dicairkan kepada tunai bila-bila masa jika keadaan mendesak.

YB Baling, mohon celahan dari Langkawi (Tun M), nak berikan tak? Tanya Yang Dipertua Speaker. Azeez kemudian menjawab : ” Bagi saya habiskan perenggan ini dulu. Saya habiskan ini, saya akan panggil..

Tun M: ” Saya nak tegur sekarang..”

Azeez: ” Sekejap,sekejap bagi saya dua minit..yaa ya saya ada satu topik lepas itu saya bagi Tun.

” Datuk yang dipertua, semasa saya menerajui TH terdapat jawatankuasa panel pelaburan yang memantau pelaburan TH dan AJK panel pelaburan ini merupakan mereka yang berkaliber, hebat dan terulung.

” Apa yg dibuat oleh pihak TH, pengurusan tertinggi TH, keputusan pelaburan perlu diperakui oleh panel pelaburan ini sebelum kami membuat apa-apa keputusan. Kami akan ikut apa yg disyorkan oleh panel pelaburan tadi.

” Tapi saya difahamkan pada hari ini kerajaan PH sudah tidak guna lagi panel pelaburan ini.

(Tun M bangun untuk mencelah..)

Azeez: ” Ya Tun silakan..

Tun M : ” Tuan yg dipertua, YB (Azeez) berpeluang untuk menjelaskan segala-galanya di dalam mahkamah apabila ada tuduhan. Kita bukan mahkamah di sini. Penjelasan macam cerita dalam akhbar saja..

Azeez: ” Soalan YB langkawi ni apa? Mana soalan anda? U wanted to ask me, then ask..!”

” Saya belum dituduh lagi. Untuk makluman YB langkawi, saya tidak ada satu kes pun dituduh atas TH sampai dua tahun dua bulan ni.. satu kes pun tidak ada, pergi semak yb..

” Saya tidak ada tuduhan, ini adalah yang disebut oleh yb langkawi waktu duduk di sana tunjuk kat muka saya itu lah dia penyamun penyangak TH ada sini..saya berada di situ tapi hakikatnya saya tidak pernah ada sebarang tuduhan.

” Ada tak tuduhan atas Azeez rahim.. Simpang renggam yang hebat tu google sekarang ada tak satu tuduhan atas nama th silakan, lepas tu bangkit..

(Tun dilihat terus duduk)

” Jadi tun cukuplah saya nak sambung, saya ada banyak perkara penting lagi nak sebut..thank you sir thank you” kata Azeez

KREDIT : ASIA KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*