Nik Ezanee Naik Pangkat, Kini Dilantik Sebagai Ketua JSJ Selangor Yang baharu

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal dilantik menjadi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan wartawan Syahril A. Kadir menerusi Facebook beliau hari ini.

“Tahniah Nik Ezanee, naik pangkat Senior Asisten Komisioner (satu bintang) sekaligus menyandang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (OCCI) Selangor yang baru!

“Terima kasih kerana menjaga Petaling Jaya dengan begitu baik sekali.

“Terima kasih kerana membuatkan taukeh-taukeh ju.di bertempiaran, taukeh da.dah susah cari makan, kedai game hilang tanpa dikesan.

“Teruskan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis, teruskan amalan bersolat Subuh di pejabat seperti yang Tuan amalkan selama ini.
Salute…raincheck!,” tulisnya.

Sumber/Kredit: cempedakcheese

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*