Akibat Rentas Negeri, Seorang Perempuan Positf. Keputusan Ismail Sabri Terhadap PKPB Dapat Sokongan Ramai

PUTRAJAYA, 21 Mei — Tiada lagi pergerakan rentas negeri yang dibenarkan selepas ini,  tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, susulan masih ada yang beratur panjang di balai poIis untuk mendapatkan kebenaran balik kampung seperti yang berlaku di Kuantan, semalam.

“Walaupun setiap hari diberi nasihat, peringatan, semalam laporan PDRM sewaktu mesyuarat pagi tadi di Kuantan seramai 1,300 orang beratur di balai poIis daerah Kuantan mohon kebenaran pulang kampung.

“Oleh itu saya ingin tegaskan mesyuarat putuskan bahawa pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan. Jadi tak perlu beratur panjang kerana poIis tidak akan benarkan, kita tidak akan membuka lagi ruang untuk rentas negeri ini, no more rentas negeri,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

”Akibat rentas negeri seorang perempuan didapati postif apabila sampai ke kampung akibat merentas negeri.

”Sebab itu kita tak ada kompromi lagi atau bertolak ansur dalam soal rentas negeri,” kata beliau.

Sidang media perkembangan terkini PKPB | 21 Mei 2020

[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini PKPB oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 21 Mei 2020

Posted by Bernama TV on Wednesday, May 20, 2020

BERNAMA / ONLINEMALAYA

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*