
Polis menahan dua individu yang dipercayai “dalang” di sebalik kekecohan ketika program yang dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Johor malam tadi.
Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata usaha sedang dijalankan untuk mencari individu lain yang terlibat.
Syed Saddiq dan keluarganya menghadiri satu majlis perjumpaan di sebuah restoran di Ulu Tiram, Johor malam tadi, bersama-sama ahli dari sayap Pemuda, wanita dan bahagian Bersatu serta ahli keluarga mereka.
Beliau berkata, sekumpulan kira-kira 200 orang kemudian menyerbu majlis itu dan mengepung beliau sebelum mengeluarkan kata-kata kes4t.
Dalam rakaman video yang tular di media sosial, kumpulan itu boleh didengar menjerit agar anggota parlimen Muar itu meninggalkan Johor.
Abdul Hamid berkata, pihak polis memandang serius insiden berkenaan dan sedang menyiasat kes itu di bawah Kanun Keseksaan.
“ Saya menyeru semua pihak agar sentiasa menghormati kedaulatan undang-undang dan tidak bertindak dalam apa jua cara yang boleh menimbulkan prov0k4si sehingga tercetusnya ketidaktenteraman awam.
“ Orang ramai juga diseru untuk tidak mempolitikkan insiden ini dan menyebarkan sebarang maklumat yang tidak berasas melalui mana-mana platform komunikasi atau media sosial bagi mengelakkan tercetusnya ketidaktenteraman awam di dalam negara,” katanya.
Apa punya gangster melayu ni? @SyedSaddiq buat program untuk dia dan org2 dia. Kau tetamu yg tak diundang, dtg buat kacau. jerit2 tutup muka halau suruh org punya program balik? Boleh la stop perangai2 mcm kerajaan dulu ni. Stupid. pic.twitter.com/ur43VtZvxM
— Muhammad HafizRayyan (@HafizRayyan) February 1, 2020
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : Malaysia KINI
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Leave a Reply