Pada Mulanya Pramugari Menolak Untuk Melakukan Perkara Yang Jijik Itu, Tapi Kerana Penumpang Ini ‘Ugut’ Mereka Terpaksa Dan Trauma Seumur Hidup

SEORANGĀ penumpang obeslti memaksa kru kabin membuka seluarnya ketika menggunakan tandas sebuah pesawat.

Tidak cukup dengan itu, dia kemudian menyuruh pembantu penrbangan mencuci punggungnya sambil menunjukkan reaksi ‘seronok’, menurut laporan.

Seorang atendan syarikat penrbangan Taiwan, EVA Air, yang hanya menggaji kru kabin wanita berkata, kejadian pada Sabtu lalu telah membuatkan petugas tr4uma.

Lelaki berkenaan, yang berkerusi roda dan duduk di kelas ekonomi memberitahu atendan penrbangan bahawa dia memerlukan bantuan untuk menggunakan tndas kira-kira dua jam setengah selepas psawat berlepas dari Los Angeles ke Taiwan yang mengambil masa 14 jam.

Menurut laporanĀ CNN, dia membuat permintaan menggunakan tandas di kelas perniagaan.

“Sebagai pembantu penrbangan saya rasa tugas membuka seluar penumpang berada di luar skop tanggungjawab saya,” kata atendan penerbangan itu pada sidang akhbar yang turut disertai oleh wakil dari Kesatuan Pembantu Penerbangan Taoyuan.

“Saya beritahu dia bahawa kami tak dapat membantu, tetapi dia mula berteriak. Dia suruh saya segera masuk ke dalam dan mengugut untuk berak atas lantai,” katanya.

“Ketika alat suIitnya terddah, salah seorang rakan saya membawa selimut yang kemudiannya saya guna untuk menutupinya.

“Tetapi dia sangat marah lalu menepis tangan saya, menyatakan dia tak mahu selimut itu dan hanya mahu saya membuka seluar dalamnya supaya dia dapat menggunakan tndas.”

Lelaki itu juga bertegas untuk membuka pintu semasa ‘membuang’ kerana jika tidak ‘dia tidak boleh bernafas’.

Wanita itu bagaimanapun berjaya menutup pintu, tetapi lelaki tersebut yang beratnya dianggarkan melebihi 200kg kemudian enggan meninggalkan tandas kecuali mereka mencuci pungg0ngnya.

Para atendan penrbangan enggan pada mulanya tetapi kemudian memutuskan untuk menjalankan tugas yang menjijikkan itu kerana dia mengugut untuk berterusan duduk dalam tandas yang mana mengikut peraturan, petugas perlu memastikan tiada penumpang berada di tandas semasa pelepasan dan pndratan.

Tetapi keadaan menjadi lebih teruk apabila ketua petugas memakai tiga pasang sarung tangan getah dan mula mencuci punggungnya.

“Dia kata, ‘Oh, mmm, dalam sikit, dalam sikit’ dan kemudian menuduhnya tidak mencucinya dengan bersih sebelum meminta dia melakukannya lagi,” katanya, memetikĀ New York Post.

“Kamu boleh pakaikan balik seluar saya sekarang,” imbas kru tersebut memetik lelaki itu sebagai berkata.

Tambahnya: “Saya tidak akan melupakan saat itu. Dengan najisnya masih dalam tandas, saya tak dapat melarikan diri.

“Sekarang setiap kali saya dipaksa untuk mengenang semula apa yang berlaku, saya tr4uma,” katanya.

Menurut posting di Facebook Jeff Lin, sejurus selepas kejadian, wanita itu terus ke tandas kakitangan dan muntah serta menangis.

Kesatuan itu mendkwa ia terang-terangan menggambarkan satu bentuk gangguan seksual dan meminta EVA meny4man penumpang tersebut, yang pernah berak dalam sebuah penerbangan sebelum ini iaitu pada Mei 2018, menyebabkan bau busuk selama lebih 10 jam.

Kesatuan itu menggesa syarikat penrbangan untuk menetapkan prosedur operasi standard, termasuk memastikan penumpang yang kurang upaya ditemani penjaga.

EVA dalam satu kenyataan berkata atendan penerbangan dibenarkan menolak permintaan yang mereka anggap tidak sesuai dan bersedia untuk menawarkan bantuan, jika diperlukan, untuk menyaman penumpang terbabit.

EVA juga menafikan pernah menghukum kru kabinnya kerana menolak permintaan penumpang yang hampir sama pada masa lalu.

Sumber : mstar online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*