‘bila diberitahu tajuk drama saya rasa nak termuntah’ – Ini Respon Nasir Bilal Khan Bila Dengar Tajuk Drama Yang Ditawarkan. Memang Makan Dalam!

Nasir Bilal Khan, 59, merupakan PELAKON yang tidak asing lagi dan merupakan pelakon yang berkaliber sejak dulu lagi telah menolak 20 tawaran lakonan kerana kecewa penghasilan drama pada masa ini tiada hala tuju.

Nasir berkata, semua tawaran itu ditolaknya sejak beberapa tahun lalu hingga tahun ini yang disifatkannya tidak berkualiti.

Secara jujurnya, apabila diberitahu tajuk drama saya rasa seperti nak termuntah. Masakan tidak, drama sekarang hanya berkisar cinta cintun,” katanya sebagai panel pada Kongres Sangga Artis Veteran di Pawagam Mini P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hulu Klang, hari ini.

Nasir ditemui sewaktu bertugas sebagai panel pada Kongres Sangga Artis Veteran di Pawagam Mini P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hulu Klang, hari ini.

Menurutnya, penghasilan sesebuah karya sepatutnya mendidik masyarakat dan membentuk negara.

“Tugas artis mengajar orang ramai dan menghasilkan moral yang baik. Artis ada tanggungjawab, anak seni sepatutnya memandang sesuatu di sebalik sesuatu.

NASIR mencadangkan artis berpengalaman diberi ruang menjayakan program anjuran jabatan kerajaan. FOTO Nurul Shafina Jemenon

“Hasil seni juga perlu memandang 100 tahun ke hadapan bukannya seperti sekarang,” katanya.

Pernah suatu ketika dahulu, dia mahu bersara sebagai pelakon namun dipujuk semula membintangi telefilem Tanah Kubur.

Nasir menyarankan, jika stesen televisyen masih mahu menghasilkan drama mengarut, pihak produksi perlu bertindak sebagai ‘tentera’ dengan menentang ideologi terbabit.

Ketika membincangkan diskusi Penghargaan dan Penghormatan Kian Pudar, dia mencadangkan banyak kategori dipertandingkan bagi memberi peluang kepada artis senior untuk memenangi anugerah.

Nasir juga mencadangkan artis berpengalaman diberi ruang menjayakan program anjuran jabatan kerajaan, selain Kerajaan Persekutuan atau negeri memberikan darjah kebesaran berserta elaun khas untuk mereka.

“Dalam keadaan sekarang, ada dalam kalangan artis lama bergelar Datuk masih meminta-minta di usia tua mereka,” katanya.




Bayaran tak setimpal pengalaman, produksi pilih kasih

PIHAK produksi di negara ini dilihat masih berada di takuk lama kerana tidak mengukur nilai seseorang pelakon senior dengan sebaiknya, sebaliknya terus mengamalkan sikap pilih kasih.

Pelakon dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli, 43, berkata, amalan itu adalah penghinaan buat pelakon berpengalaman tambahan pula bayaran tidak setimpal dengan pengalaman.

Katanya, biarpun stesen televisyen masih berkeras pihak produksi terutama penulis skrip perlu berubah terlebih dahulu.

“Penulis skrip seharusnya memperbanyakkan watak lakonan dan memberi peluang kepada pelakon veteran untuk berlakon.

“Berbeza di Hollywood, mereka tidak mengutamakan kecantikan sebaliknya memperbanyakkan watak serta jalan cerita,” katanya sebagai panel pada Kongres Sangga Artis Veteran di Pawagam Mini P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hulu Klang, hari ini.

Kongres yang diacarakan oleh Salman al-Farisi turut menjemput seorang lagi panel, Nasir Bilal Khan dengan kupasan tajuk Penghargaan dan Penghormatan Kian Pudar.

Menurut Dr Norzizi, pelakon di negara ini melalui beberapa fasa iaitu membina nama, solid time (masa padat), kemuncak dan death time (masa kejatuhan).

“Saya melihat Mira Filzah kini meniti waktu kemuncak dan akan berdepan fasa seterusnya. Kita tidak sama dengan Hollywood, kerana pelakon di sana makin tua semakin mahal dan oleh itu industri ini perlu berubah,” katanya.

Ketika ditanya pengacara mengenai pelakon di Malaysia yang tiada tawaran lakonan akan tertekan dan sakit, beliau bersetuju.

“Pemikiran saya, itulah masalahnya dan seniman akan sakit dengan jiwa yang lara. Ada dakwaan mengatakan drama Melayu seperti sampah, semuanya kerana tiada pengalaman dan pilih kasih,” katanya.

Dalam kupasan berhubung nasib pelakon, Jalil Hamid yang dibayar RM1,500 untuk 15 babak lakonan baru-baru ini, katanya, ia tidak sepatutnya terjadi.

“Sewajarnya banyak berpengalaman makin mahal atau setimpal. Masalah ini terjadi kerana pengarah produksi tidak ukur nilai pengalaman dan bagaimana mahu mendidik generasi baharu,” katanya.

Beliau memberi cadangan supaya FINAS atau persatuan artis menetapkan harga pasaran untuk pelakon berpengalaman.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Hmertro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*