‘Pagi Flying Kick Peragut, Malam Jual Burger’. Abang Penguat Kuasa Jadi Hero Netizen, Dapat Hadiah Lagi

Tindakan pantas anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Shazrin Hafeez yang berjaya menangkap peragut di Taman Mount Austin, Johor Bahru tengahari semalam mendapat pujian ramai.

Menerusi ruangan komen di Facebook Harian Metro, rata-rata warganet menyifatkan pemuda berusia 26 tahun itu ibarat hero yang muncul tepat pada masanya ketika kejadian membabitkan seorang wanita.

Namun siapa sangka walaupun memikul tugas di siang hari, anggota penguat kuasa itu juga melakukan perniagaan menjual burger pada waktu malam.

Berikutan kejadian tular itu, terdapat beberapa individu yang menyeru penduduk sekitar Taman Johor Jaya supaya memberikan sokongan kepada perniagaan Shazrin.

Inilah dia wira kita

Terdahulu menerusi laporan Harian Metro, dia sedang menjalankan tugas memeriksa petak tempat letak kereta berkupon berdekatan lokasi kejadian sebelum terdengar jeritan wanita meminta pertolongan.

Bagaimanapun, dia nafi melakukan ‘flying kick’ seperti kelihatan dalam video yang tular itu sebaliknya terus berlari ke arah peragut dan terkam sehingga terjatuh.

Sumber : Harian Metro / online malaya

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*