Pahit Manis 84 Hari Berhujan Berpanas, Terima Kasih Barisan Hadapan SJR!

GOMBAK – Tepat jam 12 tengah malam tadi barisan hadapan terdiri daripada panggota PoIis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malayia mengakhiri segala cabaran pahit manis selama 84 hari melaksanakan sekatan jalan raya dalam usaha memutuskan rantaian pandemiik C0vd-19.

Sekatan jalan raya mula dilaksanakan pada 18 Mac lalu sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan kemudiannya  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara.

Kini tanggungjawab perjuangan memutuskan rantaian C0vd-19 beralih sepenuhnya ke bahu rakyat jelata yang sudah diberikan kebebasan untuk bergerak seperti norma semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini  hingga 31 Ogos 2020.

Norma baharu mengamalkan pnjarakan sosial, memakai pelitup muka dan mencuci tangan dengan lebih kerap perlu menjadi amalan rakyat untuk memastikan pandemk yang telah meng0rbankan 117 nywa di Malaysia.

Suasana di tol Gombak mencatatkan seribu rasa apabila tepat jam 12.00 tengah malam tadi, khemah-khemah yang didirikan di berhampiran tol mula ditnggalkan manakala Unit Peronda Lebuh Raya Pantai Timur yang datang dengan kenderaan pacuan empat roda mengutip kon kon sekatan jalan raya.

Anggota poIis dan tentera yang bertugas sempat menunjukkan simbol fist bump tanda berakhirnya penugasan.

Pengguna lebuh raya sempat membunyikan hon ke arah pasukan hadapan keselamatan dan menunjukkan tanda bagus malah ada yang bersorak memberikan tabik hormat sambil melaungkan ‘you guys our hero forever in saving our lives sepanjang PKP”.

Inspektor Operasi Lebuhraya Zon Timur 1, Plaza Tol Gombak dari Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik (JSPT Bukit Aman, Razali Abdul Razak berkata, berakhir saat yang dinantikan rakyat yang selama ini terikat dengan SOP PKP dan PKPB.

Walaupun tiada lagi sekatan jalan raya oleh poIis dan ATM untuk C0vd-19, pihak JSPT tetap menjalankan rondaan dan pemantauan sepanjang lebuh raya bagi memastikan aliran trafik  pergerakan rakyat lancar dan SOP dipatuhi seperti diarahkan kerajaan.

“Sepanjang PKP hingga PKPD hinggalah PKPB selama 84 hari bermula 18 Mac lalu, semua petugas poIis, ATM, Bomba, APMM dan JPAM, meredah hujan dan panas demi melaksanakan Akta 342 dan SOP kesihatan untuk membantu kerajaan memerangi C0vd-19 menerusi memastikan rakyat berdisiplin dan mematuhinya.

“Tidak ada kes kes yang teruk selama PKP dilaksanakan di semua lebuh raya dari Pantai Timur hinggalah ke Utara dan Selatan walaupun ada sebilangan kes memaksa mengeluarkan k0mpaun kerana peng1ngkaran arahan C0vd-19,” katanya.

Sebagai pasukan hadapan yang sudah menyumbangkan peranan dan tanggungjawabnya selama ini, beliau menegaskan kini tanggungjawab itu bertukar bahu sepenuhnya kepada rakyat yang akan bergerak bebas merentasi sempadan negeri selepas ini sepanjang PKPP atau PKP Pemulihan sehingga 31 Ogos 2020.

“Saya sebagai mewkili semua pegawai keselamatan barisan hadapan yang telah berpanas hujan melaksanakan tugas dan misi dengan jayanya berharap rakyat mengambil serius tanggungjawab ini dan teruskan perjuangan memerangi C0vd-19 yang diamanahkan secara lebih disiplin tanpa sikap alpa.

“Patuhi penjarakan sosial (vaksin penting) seperti disebut Pengarah Kesihatan (Dr.Noor Hisham Abdullah), memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan apabila bergerak dan berada di mana mana jua.

“Itulah amalan terbaik untuk kita hapuskan C0vid-19 dan integriti itu perlu ditunjukkan rakyat dan itulah harapan kami terhadap rakyat manakala kita akan memastikan SOP itu sentiasa dipatuhi secara maksimum. Janganlah sia-siakan usaha kami selama ini terhadap C0vid-19,” katanya.

Beliau juga menjangkakan pergerakan normal berbanding 2 hingga 3,000 orang sewaktu PKP hingga PKPD tetapi pada masa sama Norma baharu perlu diamalkan sentiasa.

“Saya menjangkakan juga pergerakan balik ke kampung beramai ramai mulai esok (hari ini) dan hujung minggu nanti, tetapi sila sentiasa amalkan SOP kesihatan awam iaitu penjarakan sosial,” ujar beliau.

Menurutnya sepanjang 84 hari bertugas berkawal PKP, pelbagai suka dan duka dilalui bersama pasukan keselamatan lain ATM, Bomba, JPAM dan Rela yang fokus menggalas tanggungjawab jabatan masing-masing.

Tambah beliau, bekerja sebagai satu pasukan mengajar mereka keakraban dan semangat kekitaan melalui segala suka duka bersama spanjang C0vd-19.

“Kami bersahur dan berpuasa bersama mengharungi hujan ribut petir bersama sehingga khemah diterbangkan namun tidak berganjak dari tugas yang diamanahkan kepada kami.

“Memang rindu sepanjang penugasan PKP C0vd-19, tapi tiada siapa mahu kenangan bersejarah itu berulang lagi dan meIenyapkan ratusan ribu nyawa seperti sedang berlaku seluruh dunia.

”C0vd musibah besar menyatukan kami dan memberi rahmat Allah, yang perlu ditempuhi, harapan kami adalah C0vd-19 dihpuskan dan kami akan terus bersedia berjuang,” tegasnya.

MalaysiaGazzete, Utusan Rimba

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*