Pakya, Ropie Dan Ajak Akhirnya Tampil Buat Permohonan Maaf Dan Mereka Rasa Sangat Menyesal

SELEPAS dua minggu isu pelawak Ilya Buang didakwa disekat daripada membuat persembahan di Shah Alam, kumpulan Rare akhir tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas keterlanjuran mereka yang dianggap telah menyindir kerajaan.

Kumpulan yang turut dianggotai oleh Ajak Shiro dan Ropie menyatakan kekesalan mereka ketika membuat persembahan di final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 pada 10 Januari lalu.

Ilya juga berharap selepas ini tiada lagi mana-mana pihak yang menyimpan perasaan kurang senang terhadap mereka.

Kumpulan Rare ditemui ketika sidang media khas bersama mStar di Tropicana City Mall, Petaling Jaya pada Jumaat.

Sebelum ini, Pak ya atau nama sebenarnya Ilya Buang meluahkan rasa terkilan apabila namanya didakwa disekat pihak tertentu daripada membuat kemunculan dalam dua episod sitkom Sepahtu Reunion Live 2020 yang bersiaran secara langsung di Royal Teater, Shah Alam.

“ Kami ingin menyatakan kekesalan dengan apa yang berlaku pada malam MLM 2019 dan ingin memohon maaf secara terbuka kepada pihak MBSA serta penonton.

“ Harap-harap tiada lagi pihak yang memendam rasa dengan kumpulan Rare. Kami juga mahu isu ini berakhir dengan aman dan turut mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku.

“ Insya-Allah kami akan lebih berhati-hati di masa akan datang. Semoga ini menjadi pengajaran buat kami bertiga,” kata Pak Ya.

Pada malam final MLM 2019 lalu, kumpulan Rare muncul dengan lawak sindiran apabila melakonkan babak komedi di mana Ropie menggunakan penapis air kononnya untuk menapis kadar neutral dan kadar kandungan pH (air).

Ilya kemudian bertanya jika pH air itu okay, bagaimanapun Ropie memberi jawapan ‘teruvk’.

PH dalam pengertian politik merujuk kepada Pakatan Harapan.

KUMPULAN RARE TAMPIL MOHON MAAF SECARA TERBUKA

Dalam pada itu, Ilya juga berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan apa yang terjadi pada kumpulan mereka.

Diharapkan dengan permohonan maaf secara terbuka oleh kumpulan Rare ini dapat diterima baik oleh pihak MBSA terutamanya. Dan juga kerjayanya sebagai pelawak dapat diteruskan dalam memenuhi persembahan bersama kumpulan Sepahtu selepas ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*