‘Delivery’ Paling Bermakna. Pelanggan Minta Buat Kejutan Untuk Mak Abah ‘Istimewa’, Buat Akak Delivery Ini Menangis

Membuat perkhidmatan penghantaran hadiah atau pun cenderahati buat insan tersayang atas permintaan pelanggan merupakan satu sumber pendapatan yang sangat popular ketika ini.

Perkhidmatan tersebut pastinya memudahkan urusan sesiapa sahaja yang bercadang ingin membuat kejutan kepada insan istimewa tanpa perlu datang sendiri bertemu mereka.

Kejutan paling bermakna

Oleh itu, seorang usahawan muda yang juga pengguna Facebook telah berkongsi momen sweet pasangan suami isteri yang mempunyai masalah penglihatan menerima kejutan daripada anak mereka.

Video tersebut menunjukkan betapa mereka gembira dengan pemberian anak mereka yang turut menyertakan sekali ucapan buat ibu dan ayahnya.

Delivery paling bermakna bagi aku harini dan aku simpan dkt sini .. delivery harini mengajar aku sesuatu … sesuatu yg susah kita nak jumpa .. dan kita sendiri terlepas pandang .. 😌 kita selalu nak kan yg perfect nk ibu bapa mcm ni mcmni .. tk dpt apa2 kita bebai .. tapi kadang2 cuba kita fikir mereka yg tk mampu nak bagi .. mak abah yg tak dpt melihat masyallah aku menangis ya waktu nak baca air mata bergenang suara aku bergetar2 dgn harapan makcik tu takdelah perasan .. yg paling aku nampak ialah walaupon mereka buta .. aku tgk dorang happy mcm kita jgak .. tak nmpak sedih langsung .. dikurniakan pulak anak yg baik masyallah 😭 bila aku baca dah lah mmg aku panggil mak abah aku dgn panggilan mcmtu dan gelaran aku sendiri ialah kakak .. aku sendiri rasa nak berguling nngis dkt tar eh over lak kau 😂 Thnks kepada yg order ni .. betul3 terkesan dihati saya 💕

Posted by Siti Sarah on Thursday, June 11, 2020

Ucapan anak buat ibu ayah tersayang

Siti Sarah yang mengusahakan perniagaan ‘delivery surprise’ ini turut sebak apabila membacakan ucapan anak pasangan itu yang begitu mengharukan.

Walaupun kejutan itu merupakan sesuatu yang begitu menggembirakan, terbit rasa sayu apabila anaknya yang bertugas sebagai jururawat terlihat begitu menghargai pegorbanan ibu dan ayah menerusi bait-bait ucapan yang tulis.

Mak abah yang terbaik didunia

Perkogsian tersebut turut mendapat respon daripada warganet yang rata-rata turut sebak dengan video yang dikongsi. Mereka juga mengakui terharu dengan penghargaan yang dibuat oleh anak pasangan ini.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu ucapan balas ibu dan ayah pelanggan Siti Sarah yang turut mengucapkan terima kasih serta mendoakan agar anak mereka terus diberi kesejahteraan dunia dan akhirat.

Kepada KAKAK, anda insan bertuah

Kalau kami, baca separuh dah menangis

FB Siti Sarah, borak daily

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

1 Comment

  1. Parents live for us.They’re happy when we are happy. If it wasn’t for our parents, none of us would be where we are today. Although we may not always see eye-to-eye, the love and wisdom they instill upon us is something that can never be forgotten. Thanks for sharing this. Much love and peace.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*