Semakan Status Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 2 Dan Kenapa Ada Yang Tidak Dapat Lagi, Ini Anda Perlu Tahu 

Semakan Status Permohonan i-Sinar

Kemaskini 18 Januari 2021: Berdasarkan pengumuman Bantuan PERMAI, kerajaan menambah baik kemudahan i-Sinar, terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir, telah dimaklumkan bahawa KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2.

Proses pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori 2 turut dipermudahkan kerana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan serta menghantar dokumen sokongan secara dalam talian. Kerajaan juga telah meminta KWSP memudahkan proses pembayaran pendahuluan ini, yang akan dibuat mulai 26 Januari.

Pemohon yang telah membuat permohonan, bolehlah membuat semakan status di pautan di bawah bermula tarikh 4 Januari 2021:

  1. Layari https://isinar.kwsp.gov.my/check-status dan klik Semak Status Permohonan
  2. Masukkan No Kad Pengenalan dan no telefon bimbit
  3. Tandakan Saya Bukan Robot dan klik SEMAK STATUS
  4. Paparan status permohonan akan ditunjukkan

Berikut adalah video tutorial cara untuk membuat Semakan status i-Sinar KWSP:

Permohonan i-Sinar KWSP Pengeluaran Duit KWSP Secara Online (Akaun 1)

Berikut dinyatakan perincian lanjut mengenai cara permohonan i-Sinar Akaun 1 KWSP seperti yang diumumkan oleh KWSP serta maklumat lain yang berkaitan.

Kemaskini 2 Disember 2020: Berdasarkan pengumuman daripada KWSP, permohonan boleh dibuat mulai 21 Disember bagi Kategori 1 dan mulai 11 Januari bagi Kategori 2.

Kemaskini 16 November 2020: Berdasarkan pengumuman daripada KWSP, pendahuluan maksimum pertama antara RM4,000 hingga RM10,000.

Kategori Individu Layak Memohon

Terdapat dua kategori individu yang layak memohon iaitu:

Kategori 1

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun dan:

  • Sudah lama tidak mencarum
  • Seorang suri rumah
  • Bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig (contoh seperti rider grabfood)
  • Hilang pekerjaan
  • Diberi cuti tanpa gaji
  • Hilang sumber pendapatan

Kategori 2

Ahli yang belum mencecah umur 55 tahun yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji pokok termasuk bayaran lain seperi elaun, dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020

Kriteria Kelayakan Permohonan

Kategori 1

Tiada dokumen perlu disertakan apabila membuat permohonan dan kelulusan akan diberikan secara automatik berdasarkan data dalam KWSP iaitu:

  • Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; (ahli yang tiada caruman) ataupun
  • Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020

Kategori 2

Permohonan bagi kategori 2 perlu disertakan dengan dokumen seperti berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; dan/atau
  • Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan (jika dokumen berkaitan tidak dapat dikemukakan)

Tarikh Permohonan i-Sinar

Bagi mereka yang layak, tarikh permohonan dibahagikan mengikut kategori iaitu:

  • Kategori 1 : Mulai 21 Disember 2020 sehingga 30 Jun 2021 (Dibuka Selama 6 Bulan)
  • Kategori 2 : Mulai 11 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2021 (Dibuka Selama 6 Bulan)

Cara Mohon i-Sinar

Kategori 1

Untuk mereka yang layak, permohonan boleh dibuat dengan cara berikut:

  1. Layari Portal i-Sinar : https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Klik ‘Permohonan Baharu’ dan pilih ‘Ya’
  3. Masukkan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
  4. Klik TERUSKAN
  5. Masukkan Nombor OTP yang diterima menerusi SMS dan tekan SAHKAN OTP atau Jawab semua Soalan Keselamatan untuk pengesahan
  6. Sila tetapkan Amaun Pilihan pengeluaran dengan menggerakkan tombol ke kiri (paling minimum) atau ke kanan (paling maksimum)
  7. Seterusnya tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan klik TERUSKAN
  8. Lengkapkan Maklumat Pemohon yang wajib diisi
  9. Lengkapkan Maklumat Pembayaran seperti nama bank dan no. akaun dan tekan TERUSKAN
  10. Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan ‘betul’ sebelum klik HANTAR
  11. Selesai. Permohonan telah diterima dan akan diproses

NOTA: Pemohon boleh klik CETAK & SIMPAN untuk menyimpan permohonan sebagai rekod

Video Tutorial Permohonan (Langkah Demi Langkah) Kategori 1

Sebagai panduan, berikut adalah video langkah demi langkah untuk memohon i-Sinar

Kategori 2

Sekiranya belum pernah membuat sebarang permohonan sebelum ini, sila ikuti langkah permohonan baharu seperti yang dinyatakan di atas serta langkah tambahan seperti berikut:

  • Langkah Tambahan: Lengkapkan maklumat pengurangan pendapatan dan muat naik dokumen sokongan yang berkenaan
    NOTA: Contoh dokumen sokongan yang tidak diterima adalah slip gaji di luar tempoh COVID-19 seperti Mac 2019

Sekiranya pemohon telah membuat permohonan bagi kategori 1 sebelum ini dah tidak layak. Sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari portal i-Sinar dan klik ‘Semak Status Permohonan’
  2. Paparan status ‘Permohonan Sedang Diproses’ akan ditunjukkan, klik ‘Muat Naik Dokumen Sokongan’ dan muat naik semua dokumen yang diperlukan
  3. Klik ‘Teruskan’ dan ikuti langkah selanjutnya sehingga permohonan dihantar

NOTA: Permohonan hanya dibuka secara online di laman web seperti dinyatakan di atas

Video Tutorial Permohonan (Langkah Demi Langkah) Kategori 2

Sebagai panduan, berikut adalah video langkah demi langkah untuk memohon i-Sinar Kategori 2:

Cara Kemaskini Amaun Pengeluaran i-Sinar

Sekiranya telah tersilap memilih amaun pengeluaran dan jumlah pengeluaran bulan pertama, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari portal i-Sinar dan klik ‘Semak Status Permohonan’
  2. Paparan status ‘Permohonan Sedang Diproses’ akan ditunjukkan, klik ‘Kemas Kini Dan Muat Naik Dokumen’ dan isikan semula amaun yang baharu
  3. Klik ‘Teruskan’ dan ikuti langkah selanjutnya sehingga permohonan dihantar

Jumlah Kadar Pengeluaran

Bagi mereka yang layak membuat pengeluaran i-Sinar, jumlah atau amaun kadar juga adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 ahli iaitu seperti dua jenis berikut:

Jenis 1 : Baki simpanan akaun 1 berjumlah RM100,000 dan ke bawah

  • Pengeluaran dibenarkan sehingga RM10,000 (tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1)
  • Bayaran bulan pertama adalah mengikut pilihan pencarum (dibenarkan sehingga maksimum RM5,000)
  • Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (tertakluk kepada baki akhir akaun 1 dengan amaun bayaran minimum RM50)
  • Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan

Contoh pengiraan:

NOTA: Ahli perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1 untuk terus menikmati faedah sebagai ahli KWSP

Jenis 2 : Baki simpanan akaun 1 melebihi RM100,000

  • Pengeluaran dibenarkan sehingga 10% daripada simpanan (tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000)
  • Bayaran bulan pertama adalah mengikut pilihan pencarum (dibenarkan sehingga maksimum RM10,000)
  • Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan
  • Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan

Contoh pengiraan:

Tarikh Pembayaran

Pembayaran pengeluaran akan dibuat mengikut kategori 1 dan kategori 2 iaitu:

  • Kategori 1 (diluluskan automatik) : Mulai 11 Januari 2021
  • Kategori 2 (status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat) : Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi

Kaedah bayaran adalah seperti berikut:

  • Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan pencarum
  • Pembayaran akan dilakukan menerusi kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik pemohon

Perkara Penting Sebelum Memohon

Untuk melancarkan proses permohonan, pemohon digalakkan untuk:

  • Mendaftar i-Akaun KWSP
  • Mengemaskini nombor telefon bimbit untuk menerima TAC di cawangan atau kios KWSP
  • Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran adalah:
    i. Masih aktif
    ii. Milik anda
    iii. Bukan akaun bersama

Soalan Lazim

Berdasarkan KWSP, berikut adalah beberapa soalan lazim mengenai i-Sinar:

  1. Bagaimanakah caranya untuk menyemak baki simpanan Akaun 1?
    Baki simpanan Akaun 1 boleh disemak secara online menerusi portal atau aplikasi i-Akaun ataupun hadir ke cawangan atau kios KWSP yang berdekatan
  2. Adakah saya perlu membayar semula amaun i-Sinar yang dikeluarkan?
    Anda tidak perlu membayar semula
  3. Jika saya telah memohon pengeluaran i-Lestari, bolehkah saya memohon i-Sinar?
    Boleh, anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar

Video Soalan Popular Serta Jawapan Daripada KWSP

Sebagai penjelasan, berikut adalah video soalan yang kerap ditanya oleh pemohon serta jawapan dari KWSP

SUMBER/KREDIT:mysumber

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*