
Tindakan seorang hos program bual bicara Bernama TV yang memanggil Al Jazeera sebagai ‘Al-Jahiliyah’ mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah.
Menerusi hantaran di laman Twitter, beliau berkata tindakan telah diambil oleh Pengerusi Bernama terhadap hos wanita tersebut.
“ Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu. Tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu.
“ Saya dimaklumkan oleh pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,” katanya membalas posting laporan Free Malaysia Today mengenai perkara tersebut.
“ Hos Bernama TV kutuk Al Jazeera ‘Al-Jahiliyah’…”
Memetik laporan Malaysiakini, hos berkenaan menggelarkan media antarabangsa itu dengan panggilan tersebut dalam program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Isnin lalu.
“ Saya rasakan Al Jazeera, atau selepas isu ini, saya boleh katakan bahawa Al Jahiliyah ini tidak mempunyai asas ataupun mungkin etikanya kurang
“ Kalau kita google pun, mereka memang banyak kontroversi dan kritikan yang melanda dirinya,” kata Herleena Pahlavy ketika mengupas laporan Al Jazeera yang mendakwa Malaysia menganiaya pendatang asing dalam mengawal Covid-19.
Dia juga mengakhiri program berkenaan dengan berkata: “Saya Leena Pahlavy, Al Jazeera, ‘you shut up’.
Tonton sedutan program
Hos TV gelar Al Jazeera Sebagai Al Jahiliyah
Posted by Kerengga TV on Thursday, July 9, 2020
Saya buat menteri kesal
OHMYMEDIA / MEDIA HITS
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Leave a Reply